GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to Articles in Media

Wang Emas Alternatif Terbaik

Umar Azmon. Utusan Malaysia: Forum (01/07/1998)

Saudara Pengarang,

Dalam Lidah Pengarang, Utusan Malaysia, baru-baru ini telah dicadangkan supaya kita mencari satu alternatif kepada ringgit.

Cadangan ini harus dialu-alukan dan dipandang serius lebih-lebih lagi apabila kita sedang menghadapi pusingan kedua kejatuhan nilai duit kertas kita.

kejatuhan ini ekoran daripada kejatuhan nilai yen berbanding dolar Amerika Syarikat. Sememangnya sudah pun ada cadangan sebelum ini bahawa harus dilakukan penilaian semula ekonomi masa kini dengan berani termasuk menilai semula penggunaan mata wang kertas sebagai bahan pertukaran.

Perdana Menteri, Datuk Seti Dr. Mahathir Mohamad juga mengesyorkan barter trading untuk mengelakkan penggunaan mata wang dolar AS. Saranan Perdana Menteri itu harus digalakkan.

Pada satu ketika dahulu beliau juga cuba untuk menggunakan mata wang ASEAN tetapi tidak berhasil. Walaubagaimanapun pencarian alternatif mesti diteruskan. Mata wang emas dan perak boleh digunakan selari bersama ringgit.

Pada mulanya mata wang itu boleh digunakan sebagai satu alat anti inflasi (anti-inflation device) dan sebagai simpanan/tabungan.

pada peringkat kedua pula mata wang ini boleh digunakan khas untuk urusan keagamaan seperti mas kahwin, wang hantaran dan pembayaran zakat.

Baru-baru ini, Mufti Mesir, Dr. nasir Farid Wasil menggesa negara Islam supaya kembali kepada mata wang emas dan perak (turut disiarkan dalam Utusan). mereka yang dalam bidang agama juga harus mengambil serius perkara tersebut.

Bolehkah kita membayar zakat dengan bahan berbentuk dayn? Nilai mata wangkertas tidak stabil. Cuba lihat wang jiran kita Indonesia yang nilainya telah turun berkali ganda.

Mas kahwin yang dibayar sekarang tidak serupa nilainya jika dibanding dengan tahun lepas. jadi tidak seronok membagi sesuatu bagi mahar kahwin bakal isteri yang nilainya tidak diketahui dalam masa sebulan dua akan datang.

Begitu juga pembayaran zakat. Nilai yang dipungut tahun lepas tidak serupa nilainya tahun ini.

Dalam urusan agama kita tidak boleh teragak-agak. Jika bahan yang kita gunakan tidak stabil kita harus cari bahan yang stabil.

Menabung

Kita bukannya dalam keadaan darurat yang mana kita tidak boleh mencari bahan yang stabil dan berharga. Lagi pun emas dan perak telah lama digunakan dan tidak ada ragu-ragu lagi.

Jika duit disandarkan kepada emas itu boelh dikira sebagai resit yang menggantikan emas, bolehkah resit dipindah milikdan bolehkah resit digunakan untuk bayar zakat?

Kita biarkan pakar-pakar dalam agama menjawabnya.

Ramai yang ingin balik kepada emas dan perak tetapi tidak tahu bagaimana hendak berbuat demikian. Jika emas tersebut disimpan begitu sahaja pun ia menguntungkan. Tidak boleh dinafikan bahawa ramai yang menabung dibank dan tidak mengambil faedah kerana kebanyakan orang Islam di seluruh dunia bersepakat bahawa faedah itu riba.

Jika wang disimpan dalam institusi yang memberi faedah dan faedahnya tidak diambil maka duit itu akan susut juga disebabkan inflasi dan susut nilai. Tetapi jika tidak diambil faedah yang ditawarkan oleh bank, simpan di mana-mana pun sama, nilainya akan tetap susut.

Jika kita simpan emas ia tidak mengalami kesusutan yang banyak. Bila sampai nasabnya bayar zakat dengan emas itu juga. Jika emas yang akan disimpan maka duaperkara yang harus difikirkan. Yang pertama emas itu mesti berbentuk duit dan bukan perhiasan.

Untuk memudahkan membayar zakat dan urusan perniagaan emas mesti berbentuk duit sebab barang kemas kurang prakyikalnya.

Perkara yang kedua ialah tempat yang selamat untuk menyimpannya. Tempat yang selamat tidak semestinya di bank sahaj. Satu agensi untuk menyimpan boleh ditubuhkan. Berlainan dengan bank, wakala ini menerima deposit tetapi tidak boleh memberi pinjaman.

ini satu amanah bagi pihak pendeposit. Jika pendeposit hendak mengeluarkannya dia boleh berbuat demikian. Dan jika ia ingin tukarkan dengan duit kertas pun boleh berbuat begitu. Itu hak mereka.

Demikian beberapa cadangan ekoran daripa tulisan ruangan Lidah Pengarang utusan yang telah mengusulkan satu langkah yang patut dipuji.

UMAR AZMON AMIR HASSAN. Desa Pandan, Kuala Lumpur.

 

Last Updated: 07/06/03 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group