GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Agong lancar buku Globalisasi: Peranan dan Kewangan Islam

UTUSAN MALAYSIA (DALAM NEGERI) 10/07/1999

 

SULTAN Salahuddin Abdul Aziz Shah meneliti buku Globalisasi: Peranan Ekonomi dan Kewangan Islam terbitan IKIM di Kuala Lumpur semalam. Di sebelah kiri baginda ialah Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Dr. Ismail Ibrahim. _____________________________________________________________________________________ KUALA LUMPUR 9 Julai - Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini melancarkan buku Globalisasi: Peranan Ekonomi dan Kewangan Islam terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di bangunan Ikim di sini.

Buku setebal 297 halaman itu mengandungi kumpulan artikel ilmiah ekonomi yang telah memenangi peraduan penulisan artikel ilmiah Islam (Bidang Ekonomi) anjuran Ikim.

Artikel-artikel itu membicarakan tiga isu pokok iaitu peranan ekonomi Islam dalam era globalisasi, isu dalam perkembagan sistem sistem kewangan semasa dan dinamisme syariah kepada penyusunan ekonomi semasa.

Seri Paduka turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang peraduan penulisan itu iaitu Dr Hakimi Ibrahim, pensyarah Pusat Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia yang mendapat tempat pertama, Azlan Khalili Shamsudin, pensyarah Pusat Pendidikan Islam ITM dan Khamsiah Haji Nawawi yang memenangi tempat ketiga.

Pemenang pertama mendapat hadiah RM5,000, kedua RM4,000 dan ketiga RM3,000 sementara tujuh pemenang saguhati menerima RM1,000 seorang.

Pelancaran buku itu adalah bersempena lawatan rasmi Seri Paduka ke Ikim. Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah turut berangkat ke majlis itu.

Sejak ditubuhkan tujuh tahun lepas, Ikim telah menerbitkan 53 buah buku, 12 Jurnal Ikim dan lima Jurnal Undang-undang.

 

Last Updated: 07/06/03 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group