GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Malaysia realisasi pembentukan mata wang dinar

UTUSAN MALAYSIA 07/02/2002

 

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Malaysia mula mengorak langkah untuk merealisasikan pembentukan mata wang dinar emas dalam urusan perdagangan antara negara Islam seluruh dunia apabila menganjurkan buat kali pertama satu seminar antarabangsa mengenainya, Jun ini.

Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, idea mata wang dinar yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun lalu itu akan dibincangkan secara mendalam selama dua hari bermula 25 Jun oleh pakar kewangan Islam seluruh dunia yang dijemput.

``Ini adalah langkah pertama IKIM dalam merealisasikan idea Dr. Mahathir itu yang mahu menyatukan ekonomi negara-negara Islam seluruh dunia menerusi mata wang dinar yang diperbuat daripada logam emas.

``Seminar tersebut juga adalah antara program yang telah dirancang IKIM oleh sempena menyambut ulang tahun penubuhan IKIM Ke-10 tahun ini,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurutnya, IKIM berusaha menganjurkan seminar berkenaan memandangkan saranan Dr. Mahathir itu mendapat sambutan dan pujian daripada tokoh-tokoh Islam termasuk Pengasas Gerakan Murabitun Sedunia, Shaykh Abdalqadir As-Sufi.

Beliau berkata, seminar yang bertemakan Dinar Islam - Ke Arah Kesatuan Ekonomi Masyarakat Islam antara lain akan membincangkan masa depan, cabaran dan daya maju mata wang dinar, teori pembentukannya, peranan kerajaan dan bank pusat dalam mengawal selia sistem itu, modus operandi dan sumbangannya kepada penyatuan ekonomi negara-negara Islam di seluruh dunia.

Selain seminar itu katanya, sebanyak dua lagi seminar antarabangsa, enam seminar kebangsaan dan empat muzakarah pakar telah dirancang tahun ini.

``Kesemua seminar itu diadakan bagi memperoleh input yang lebih banyak ke arah merangka dasar strategik negara dan antarabangsa untuk kepentingan Islam dan umatnya dalam dunia global,'' katanya.

 

Last Updated: 07/06/03 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group