GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Dinar emas sandaran terbaik negara Islam

UTUSAN MALAYSIA (BERITA) 02/08/2001

 

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Dinar emas boleh dijadikan mata wang sandaran terbaik bagi negara-negara Islam kerana mampu menjadi pengukur prestasi pertumbuhan ekonomi.

Pengurus Besar Kanan, Perbankan Antarabangsa dan Perbendaharaan Bank Islam Malaysia (BIMB), Ismail Mahayudin berkata pelaksanaan mata wang itu di kalangan negara-negara Islam, termasuk penggunaannya dalam kegiatan perdagangan, boleh berjaya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika diminta mengulas laporan mengenai saranan penggunaan dinar emas sebagai mata wang umat Islam, selepas majlis taklimat sistem kewangan Islam di Malaysia.

Media hari ini melaporkan pandangan pengasas Gerakan Murabitun Sedunia, Shaykh Abdulqadir As-Sufi yang mahu Malaysia menjadi peneraju dan pemimpin penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak bagi perdagangan antara negara-negara Islam. Beliau yang menemui Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia mempunyai seorang pemimpin yang berpandangan moden, realistik serta berani menyuarakan kepincangan sistem kewangan dunia.

Menurut Ismail kalau mata wang tunggal Euro dapat dilaksanakan, kenapa tidak mata wang dinar emas.

``Selain ia mudah digunakan, mata wang itu juga lebih stabil berbanding mata wang asing yang lain,'' katanya. Beliau menambah keyakinannya juga berdasar kepada kebolehan Perdana Menteri yang berpandangan moden dan realistik.

Sebelum ini, Pengarah Pertubuhan Perdagangan Islam Dunia (WITO), Umar Ibrahim Vadillo juga pernah mengakui dinar emas mampu menjadi kaedah utama pembayaran kerana pada masa sekarang terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini.

Katanya, dinar emas itu juga tidak akan tergugat oleh mana-mana mata wang termasuk dolar Amerika kerana emas merupakan satu komoditi dan mempunyai harga yang stabil.

 

Last Updated:07/06/03 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group