GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Penggunaan dinar emas, perak tidak jejas ringgit

UTUSAN MALAYSIA 30/05/2002

 

 

KUALA LUMPUR 29 April - Penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam urus niaga harian dalam negara tidak akan menjejaskan penggunaan ringgit.

Koordinator Kumpulan Penyelidik Dinar Emas, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Hakimi Ibrahim berkata, ringgit boleh terus digunakan tetapi nilainya perlu disandarkan kepada dinar.

Menurutnya, sandaran kepada dinar akan menjadikan nilai ringgit sentiasa stabil dan tidak tergugat dengan turun naik dalam pasaran mata wang.

Satu dinar emas bersamaan dengan RM165 manakala satu dirham perak bersamaan dengan RM5.

Setiap satu dinar diperbuat daripada emas 917 seberat 4.25 gram manakala satu dirham diperbuat daripada perak 999 seberat 2.975 gram.

Beliau berkata, pada masa ini, nilai ringgit disandarkan kepada Dolar Amerika, yang diterima dan diurusniagakan berdasarkan kepada kepercayaan terhadap bank pusat negara tersebut.

``Sebab itu kita lihat nilai mata wang sentiasa turun naik. Walaupun nilai ringgit terhadap Dolar Amerika diikat tetapi hakikatnya ia masih boleh digugat. ``Ini boleh dilakukan dengan cara menurunkan nilai mata wang negara-negara jiran negara sehingga ringgit hilang nilai kompetitifnya,'' katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Dinar Emas di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.

Hakimi berkata, menerusi sandaran kepada dinar emas, nilai mata wang negara akan ditentukan oleh nilai emas yang sebenar, dan bukannya Dolar Amerika.

Mengenai keadaan fizikal dinar emas yang menyukarkan proses urusniaga besar, beliau berkata, usaha sedang dilakukan untuk memperkenalkan kad debit pintar dan urusniaga elektronik.

Katanya, sebuah syarikat, e-Dinar Ltd. telah diwujudkan di Labuan yang menguruskan urusniaga di serata dunia secara elektronik.

Beliau berkata, walaupun dinar emas memerlukan masa yang lama untuk diterima secara meluas tetapi beliau yakin ia akan menjadi satu kaedah pembayaran yang diyakini pada masa depan.

``Setakat ini penggunaan dinar emas masih terhad dan usaha sedang dilakukan untuk meluaskan penggunaannya,'' katanya.

 

Last Updated: 07/06/03 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group