GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Idea Dr. M Guna Dinar Emas Disokong

UTUSAN MALAYSIA 23/09/2002

 

LONDON 22 Sept. - Idea Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengenai penggunaan dinar emas menggantikan wang kertas disokong oleh orang Kristian sendiri dalam perjumpaan beliau dengan wakil pelbagai agama di sini hari ini.

"Ada juga orang Kristian _ amat sedikit _ yang berkongsi idea bahawa menggunakan wang untuk raih wang adalah perbuatan jahat.

Kami amat kagum dengan anda," katanya kepada Dr. Mahathir.

Perdana Menteri menjawab dengan menyatakan bahawa emas, yang mempunyai nilai intrinsik, akan lebih sukar diserang, walaupun nilainya boleh turun dan naik pada bila-bila masa.

Bagi menjelaskan perkara itu, beliau mengeluarkan dinar dengan nilai 500 bilion yang dikeluarkan oleh kerajaan Yugoslav yang bernilai 12 sen Amerika semasa ia dicetak dan tiada nilai langsung pada hari ini.

``Itulah dia mata wang kertas. Ia hanya satu penipuan.

Jika kita menggunakan dinar emas, peluang bagi orang untuk mempermain-mainkan mata wang itu tidak akan ada (tetapi) sekiranya Encik (George) Soros (spekulator utama semasa krisis kewangan Asia dahulu) mahu menurunkan nilai dinar emas dan beliau mahu menjualnya pada separuh harga, saya sedia membelinya daripada beliau," katanya sambil disambut gelak ketawa.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan dan dialog dengan kumpulan masyarakat pelbagai agama pimpinan Faith Regen, seorang yang beragama Islam di Masjid Sulaimaniye di sebuah dari kawasan dalam bandar raya paling miskin di Timur London. Ucapannya itu bertemakan "Kepaduan Pelbagai Agama".

Beliau singgah di kota raya ini dalam perjalanan menghadiri mesyuarat ASEAN-Eropah (Asem) di Copenhagen, esok.

Kini, Dr. Mahathir berkata, sudah terdapat satu atau dua negara di Asia Barat yang melahirkan minat untuk berdagang dengan Malaysia menggunakan asas dinar emas.

"Memang benar bahawa emas sebagai satu komoditi juga akan terdedah kepada spekulasi, tetapi nilainya tidak akan turun seteruk mata wang kertas yang terdedah kepada spekulator," katanya.

Beliau turut menyatakan kepada tetamu pelbagai agama itu dalam ucapan spontannya di masjid itu, bahawa kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang penduduknya terdiri pelbagai agama adalah kerana sikap saling menghormati agama penganutnya walaupun wujud golongan ekstremis yang cuba menjejaskan keharmonian.

"Kami percaya kami orang Melayu _ percaya bahawa kami adalah fundamentalis Islam.

Orang berpendapat bahawa mereka ini kumpulan ekstremis yang gemar melakukan keganasan dan perbuatan sedemikian, tetapi sekiranya kita percaya dengan ajaran sebenar Islam, kita menjadi amat bertolak ansur," katanya.

Sebelum mengakhiri jadualnya yang sibuk di sini sebaik sahaja beliau tiba pagi ini dengan pesawat Penerbangan Malaysia di Heathrow, Dr. Mahathir memberitahu wartawan Malaysia bahawa beliau tidak mengharapkan banyak daripada mesyuarat ASEM tetapi terdapat banyak isu yang boleh dibincangkan. - Bernama

 

Last Updated: 07/06/03 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group