GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Mekanisme Dinar Sebagai Matawang Perdagangan Antarabangsa Sudah Sedia

TV3 BULETIN 1.30 26 March 2002

 

Malaysia telah menyediakan mekanisme bagi membolehkan dinar emas digunakan sebagai matawang perdagangan antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata penggunaan dinar emas akan mengurangkan risiko spekulasi dan memperluaskan dagangan dunia.

Perdana Menteri berucap merasmikan Persidangan dan Minggu Pasaran Modal Islam Antarabangsa.

Malaysia sebelum ini telah mencadangkan supaya dinar emas dijadikan sebagai matawang perdagangan antarabangsa.

Ini kerana penggunaannya boleh memberi kesan positif kepada perdagangan dunia.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, menjadikan dinar satu matawang perdagangan antarabangsa, tidak bermakna ia akan menggantikan matawang mana-mana negara.

Perdagangan antarabangsa katanya memerlukan penetapan kadar pertukaran matawang negara dagangan.

Matawang kertas sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik dan ini menjadikan kadar tukaran dibuat rambang dan tertakluk kepada manipulasi.

Ini dapat dilihat seperti yang berlaku ketika krisis kewangan yang melanda Asia beberapa tahun dahulu.

Seminar dua hari bermula hari ini dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, Asli.

 

Last Updated: 07/06/03 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group