GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Dinar Emas Tempah Sokongan

TV3 BULETIN UTAMA 01 Mei 2002

 

Pada sidang medianya Perdana Menteri turut mengulas mengenai penggunaan Dinar Emas.

Datuk Seri Dr Mahathir berkata, setakat ini banyak negara telah bersetuju mengkaji penggunaannya yang dapat membantu mengurangkan spekulasi terhadap matawang.

"Anda tidak boleh terlalu meramal dengan harga Emas. Anda boleh meramal dengan matawang kerana matawang tidak pernah berada pada nilai yang diluar jangkaan.Tetapi Emas anda tak boleh kata harganya 10 sen pada hari ini."

Tambah beliau, penggunaan Dinar Emas bersesuaian digunakan menerusi aktiviti perdagangan menggunakan sistem pembayaran dua hala.

Setakat ini terdapat 24 negara menggunakan sistem pembayaran itu.

Mengulas kedudukan Pengerusi Eksekutif Technology Recources Industries Berhad, TRI, Tan Sri Tajuddin Ramli, Perdana Menteri berkata penjualan saham syarikat sememangnya berlaku terutama ketika kemelesetan ekonomi.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak dilihat sebagai zaman kejatuhan usahawan Bumitputra.

"Sebenarnya syarikat itu bukan sebenarnya milik Tan Sri Tajudin. Sebenarnya dia milik bank kerana bila kita hutang bank sebahagian daripada milik kita jadi milik bank. Jadi kalau dia tak boleh bayar kepada bank, bank tuntut dia tak boleh beli. Dia kena juallah."

 

Last Updated:07/06/03 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group