GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Dinar: Usaha PM baiki kewangan dunia

UTUSAN MALAYSIA 30/05/2002

 

 

KUALA LUMPUR 29 April - Lebih 150 tokoh korporat dan kewangan, ahli akademik, pegawai tinggi kerajaan dan tokoh-tokoh agama hari ini berpeluang mendengar sendiri satu lagi usaha Perdana Menteri untuk memperbaiki sistem kewangan dunia.

Usaha tersebut ialah untuk memperkenalkan penggunaan dinar emas dalam sistem perdagangan dunia yang telah dicadangkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun lalu.

Apa yang menarik pada hari ini ialah usaha Perdana Menteri itu disampaikan oleh beliau sendiri menerusi ucaptama yang memakan masa kira-kira 90 minit.

Pada majlis anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu, Dr. Mahathir turut memberikan peluang kepada para peserta untuk berdialog dengannya selama setengah jam.

Selain satu usaha Dr. Mahathir itu, majlis pada hari ini juga adalah permulaan kepada satu seminar antarabangsa mengenai dinar emas yang akan dianjurkan oleh IKIM pada 25 dan 26 Jun nanti.

Seminar itu akan membincangkan isu dinar emas, prospeknya, cabarannya, peranan kerajaan dan bank pusat dalam mengawal selia sistem itu, modus operandinya dan sumbangannya kepada kesatuan ekonomi masyarakat Islam.

Ketika mencadangkan dinar emas pada tahun lalu, Dr. Mahathir menganggap ia adalah pilihan terbaik bagi menggantikan penggunaan wang terutamanya Dolar Amerika dalam perdagangan.

Katanya, ini kerana ia dapat mengatasi keadaan yang tidak menentu dalam sistem kewangan konvensional yang sangat terdedah kepada manipulasi dan spekulasi.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Datuk Mustapa Mohamed dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Hadir sama ialah Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob.

Dr. Mahathir juga turut melancarkan empat buah buku terbaru terbitan IKIM di majlis itu. Buku-buku itu ialah Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia, Corporate Governance from the Islamic Perspective, Kriteria Negara Berasaskan Prinsip Islam dan Peranan Ibu Bapa dalam Pembentukan Sahsiah Anak-anak.

 

Last Updated: 12/09/02 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group