GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

E-Dinar rancang kilang dinar emas

UTUSAN MALAYSIA 22/01/2002

 

KUALA LUMPUR 22 Jan. - E-Dinar Ltd, yang memperdagangkan dinar emas Islam melalui laman webnya: www.e-dinar.com, merancang untuk mengilang duit siling emasnya di Malaysia dan memindahkan gudang pusatnya ke negara ini.

Pengasasnya, Prof. Umar Ibrahim Vadillo, berkata Malaysia akan menjadi negara keenam mengilang dinar emas Islam selepas Sepanyol, Afrika Selatan, Amiriah Arab Bersatu dan Indonesia.

Duit syiling dinar emas Islam mempunyai berat tetap emas 22 karat bersamaan dengan 4.25 gram.

Dinar Islam pertama telah dikilang pada 1992 dan telah digunakan oleh Pergerakan Murabitun Sedunia, sebuah pergerakan Muslimin asli dan salah satu daripada pertubuhan Islam terbesar di dunia.

Dinar itu amat popular dan dijual habis apabila ia diperkenalkan di Eropah, Afrika Selatan dan UAE.

Dari segi transaksi fizikal, ia telah pun digunakan untuk urus niaga runcitan di sesetengah negara.

``Kami mendapat persetujuan lisan dengan Royal Mint di sini di mana ia akan di lesen untuk mengilang duit syiling dinar Islam secara perkongsian dengan Islamic Mint Malaysia,'' kata Umar, salah seorang daripada pemimpin pergerakan Murabitun memberitahu Bernama di dalam satu wawancara hari ini.

Royal Mint of Malaysia Sdn. Bhd. adalah satu-satunya pengusaha kilang duit yang mengeluarkan duit syiling edaran negara ini.

Dinar yang dikilang di Malaysia, yang akan ditawarkan `tidak lama lagi', mungkin lebih besar dalam nilai keseluruhan daripada AS$3 juta duit siling yang telah dikilang di Dubai, UAE, umum Umar, seorang profesor di Achnagairn College di Scotland.

Umar, yang juga presiden World Islamic Mint, berkata duit-duit itu akan dijual kepada orang awam melalui kira-kira 240 cawangan pada permulaannya.

Sehingga kini, katanya e-dinar Ltd mempunyai kira-kira AS$10 juta duit silingnya dalam edaran di seluruh dunia dan AS$40 juta lagi atau hampir empat tan emas dalam sistem e-dinar.

E-dinar adalah sistem pembayaran dan pertukaran elektronik berasaskan Internet yang mempermudah transaksi sokongan emas. Sehingga hari kira-kira 300,000 orang di 160 negara telah membuka akaun e-dinar dengan "sebilangan besar rakyat Malaysia," kata Umar.

Setiap unit elektronik e-dinar bersamaan dengan berat tepat dan tetap 4.25 gram emas tulen 24k. Diperbadankan di Labuan, E-dinar Ltd juga akan memindahkan gudang emasnya, sebahagian atau sepenuhnya, sama ada ke Kuala Lumpur atau Labuan bergantung kepada perbincangan berterusan dengan pihak berkuasa Malaysia, kata beliau. - Bernama

 

Last Updated:07/06/03 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group