GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to Articles in Media

Wang Fiat, bank dan negara

Umar Azmon. Utusan Malaysia: Forum Hujung Minggu (04/1998)

Saudara Pengarang,

Semasa kita masih lagi membincangkan keadaan ekonomi semasa, nilai ringgit semakin jatuh dan tercekik dengan inflasi.

Saya mengikuti debat ekonomi terutamanya tulisan Dr. Kassim Ahmad, Dr. Hakimi Ibrahim dan Khalid Noorshah dalam utusan Malaysia dengan penuh minat. Masih ada pandangan yang nampaknya mempertahankan fiat money (wang yang dicipta) dengan alasan yang berlainan tanpa melihat dan meneliti apakah dia itu wang fiat sebenarnya.

Wang fiat yang paling popular pada masa ini ialah dalam bentuk wang kertas. Ia adalah manifestasi tamak haloba yang paling ketara sekali.

Kita akui manusia sememangnya mempunyai sifat tersebut tetapi kita tidak boleh terima apabila manusia disilapmatakan dengan sifat tamak dan mempertahankan pula wang fiat.

Jika kita melayari internet, kita akan dapati beberapa penulisan yang menentang penggunaan wang simbolik dan wang fiat. Penentangan-penentangan itu merupakan keluhan orang Barat terhadap sistem kewangan sekarang yang tidak ada lagi sifat kemanusiaan (sifat tamak yang paling buruk).

Tetapi di sini kita dapati orang Islam masih mempertahankan fiat money dan menyamakannya dengan emas dan perak. Emas dan perak ada nilainya sendiri menurut berat masing-masing.

Dalam sejarah, emas dan perak diterima sebagai barang berharga dan paling popular digunakan sebagai wang oleh masyarakat yang tamadun.

Tidak boleh dinafikan bahawa barang-barang lain telah juga digunakan seperti garam, siput, timah, batu, tembaga, rokok (di penjara dan masa perang) dan lain-lain tetapi tidak sepopular emas dan perak.

Al-Quran menyebutnya dan Rasulullah s.a.w. menganjurkannya apabila baginda memilih dinar emas Parsi dan dirham perak Byzantine sebagai dua mata wang untuk digunakan oleh umat Islam pada masa itu.

Jika Rasulullah s.a.w. telah menganjurkannya, maka kita harus terima. Beliau yang lebih tahu mengenai al-Quran. Sayidina Umar al-Khattab pula menetapkan hubungan antara emas dan perak.

Jika sayyidina Umar menganjurkannya, maka kita pun harus terima sebab beliau juga berkata, barang siapa yang mengikut sunah maka dialah yang paling memahami al-Quran.

Sejak zaman itu hingga tahun 1930 masih ada lagi orang menggunakan dinar emas dan dirham perak. Di alam Melayu ini kita telah dipaksa atau disilapmatakan oleh Belanda dan British untuk menggunakan duit kertas lebih awal dari tempat lain.

Menyelamatkan

Sultan Abdul Hamid II, khalifah Islam yang akhir di Istanbul telah menghabiskan hidupnya untuk menyelamatkan kesultanan Islam dengan cuba membayar balik hutang wang kertas yang diambil oleh datuknya.

Beliau hampir berjaya dab menyuruh rakyatnya membakar duit kertas (fiat money ) di dalam gua-gua dan dalam bekas khas yang disediakan.

Malangnya, sebab umat Islam yang lain telah menghidapi penyakit barah yang tidak dapat diubat lagi maka tergadailah kesultanan Islam. Kita perlu ingat semasa Kamal Atartuk mengambil alih kuasa (lihat bagaimana telah disiapkan untuk beliau mengambil alih kuasa) satu pound sterling bersamaan dengan lima lira Turki (duit baru).

Cuba lihat berapa kadar pertukaran sekarang. Minum kopi di lapangan terbang pun sudah berjuta lira. Dua tahun yang lalu, satu ringgit bersamaan hampir 70, 000 lira. Ini adalah keajaiban duit kertas. Ia memang menguntungkan tetapi pada segelintir manusia sahaja.

Jika Sultan Abdul hamid II menganjurkan emas dan perak maka kita harus terima. Kalau nak bawa seguni lira silakan, jangan lupa bawa calculator untuk memudahkan perkiraan pertukaran.

Ramallah orang Turki sekarang simpan duit fiat Amerika (duit yang mempunyai hutang AS$10 trilion - jadi duit fiat ini duit ke atau surat hutang?). Jadi emas dan perak lawan surat hutang. Takkan sama nilainya?

Wang kertas dan perbankan saling kait mengait. Kedua-duanya tidak dinyatakan dalam al-Quran, jadi mengapa harus dipertahankan.

Adakah sebab kita fikir ia patutu dipertahankan atau kita telah mengamanahkan harta kita kepada bank - sebuah institusi riba - atau kita tidak tahu jalan keluar.

Bank negara yang pertama telah ditubuhkan di England pada tahun 1694 walaupun sebelum itu ada bank tukang emas yang bermula di Genoa pada abad ke-16 tetapi operasinya terhad.

Dana bank awal ini dikutuk oleh pihak Kristian tetapi bank telah berkembang hingga the Calvanist (pengikut John Calvin) membenarkan usury (riba) di kalangan orang Kristian.

Barah riba

Dengan adanya bank maka barah riba mula memasuki dunia Kristian dengan hebatnya. Harus diingat bahawa Bank of England telah diberi banyak hak keistimewaan dan sebagai ganti, memberi pinjaman kepada kerajaan England dengan faedah 8 peratus.

Jadi bank telah ditubuhkan daripada asas faedah dan pengeluaran nota (duit kertas). Ini masih dianggap oleh sebahagian orang Kristian pada masa itu sebagai riba.

Selepas Genoa dan sebelum London, Amsterdam telah mencatat pertumbuhan yang amat ketara. Bermula daripada pusat perdagangan kemudian kepada pusat kewangan. Mereka telah mengeluarkan bill of exchange (bil pertukaran) 15 kali ganda duit sebenar yang ada dalam pengedaran.

Oleh kerana kredit (hutang) telah melebihi pelaburan, Belanda terpaksa meminjamkan lebihan itu kepada negara jiran yang baru ditubuh.

Kita juga dapat lihat bahawa banyak peperangan telah terjadi pada ketika itu. Duit daripada Amsterdam telah juga dipinjamkan kepada pemberontak Amerika. Bank of England telah juga ditubuhkan untuk membiayai peperangan England dengan Belanda.

Penubuhan bank, duit kertas dan peperangan saling kait mengait hinggalah is merebak ke Amerika. Penubuhan Amerika boleh dilihat berdasarkan teori perbankan.

Berikutan Revolusi Perancis, maka tertubiuhlah pula negara-negara bangsa baru yang pemerintahannya berdasarkan kepada demokrasi.

Negara-negara bangsa baru ini pula mempunyai bank-bank negara sendiri. Selepas itu banyaklah perang saudara dan revolusi berlaku, disusuli pula oleh dua peperangan bertaraf dunia.

Di antara kedua-dua perang dunia itu, maka jatuhlah kesultanan Usmaniah (kerajaan Islam terakhir, bukannya kerajaan Turki seperti yang dilaungkan oleh para nasionalis).

Wang kertas mula menyusup masuk ke jajahan Islam terutama di Turki pada kurun 1800. Kerajaan Islam bukan sahaja berdepan dengan pencerobohan perdagangan tetapi ia juga dibebani dengan peperangan dengan Rusia di Balkans.

Di Tanah Melayu diketahui umum bahawa The Chartered Mercantile Bank dan Hong Kong and Shanghai Bank telah dibenarkan mengedarkan duit kertas mereka sendiri pada tahun 1855 dan 1884. Seemnanjung Tanah Melayu juga ditakluki oleh sebuah kompeni (syarikat) begitu juga Indonesia.

Selepas Perang Dunia Kedua banyak lagi negara baru diiktiraf. Mereka diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Perlu diingat bahawa PBB, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang ditubuhkan pada tahun 1943 di Bretton Woods, sekarang hampir muflis tetapi tetap berkuasa.

Ketika Perang Dunia Kedua masih belum tamat, alat untuk menguasai dunia telah pun diwujudkan. PBB adalah kesinambungan Liga Negara (League of Nations) dan IMF dan Bank Dunia pula adalah dua sayap kewqangan untuk meneruskan penguasaan kewangan dan hegemony economic imperialism.

Tidak wajar kita mempertahankan PBB yang muflis itu. Bersama kehadiran negara bangsa baru, timbul juga mata wang yang beraneka warna yang dikeluarkan oleh negara-negara tersebut.

Negara telah menjadi bank selepas ia ditakluk oleh bank. Demokrasi dianjurkan sebagai cara yang paling ideal untuk pemerintahan. Jadi semua negara sekarang menganutinya dan sudah sampai ke tahap One World State.

Kalau ada sesiapa pula yang hendak mempertahankan demokrasi sila baca Aristotle dahulu.

Perkara yang disebut secara ringkas tadi memang mendapat tentangan di Eropah sebab disitulah bermulanya semua ini.

Laungan seperti commerce without usury (urus niaga tanpa riba), governance without state (pemerintahan tanpa negara) biasa didengar pada zaman sebelum komunisme lagi, antaranya daripada Shakespeare, Goethe dan yang paling menarik untuk perbincangan ialah Richard Wagner dan ramai lagi dari Eropah yang beragama Kristian dan juga yang telah menolak agama Kristian.

Kebangkitan

Wagner adalah di antara yang telah menafikan agama Kristian dan Yahudi. Dalam operanya yang masyhur beliau telah menceritakan tentang kebangkitan kuasa orang Yahudi melalui pencurian gelung berpuaka penuh dengan sumpahan.

Semua orang membiarkan gelung tersebut di tempatnya melainkan orang Yahudi yang berselerak di dunia yang inginkan kuasa dengan apa cara saja sekalipun.

Dalam opera muzikal itu, sesiapa yang memiliki gelung tersebut akan berkuasa tetapi sumpahannya ialah orang yang memilikinya tidak dicintai manusia.

Selain itu banyak lagi watak menarik yang emnggambarkan keadaan sekarang, seperti dewa Wotan yang inginkan pembangunan dengan cara kredit dan isteri beliau menggalakkan ke arah tersebut, gergasi-gergasi yang membina pembangunan dengan cara kredit dan inginkan pembayaran selepas membina berhala untuk dewa tersebut dalam bentuk adik kesayangan Wotan, dewi awet muda.

Juga watak Loki dewa api (akal rational) yang bijak membuat sesuatu rancangan menggunakan akal beliau. Loki pula telah menjadikan emas yang dicuri oleh orang Yahudi (Alberich dan Mime). Kita dapat lihat bagaimana The Ring (gelung) itu berpindah tangan, pembunuhan, dan manifestasi tamak manusia.

Watak penyelamat ialah jejaka Siegfried (yang tidak gentar) dan juga wanita Brunhilde.

Siegfried berjaya membunuh gergasi-gergasi yang pada ketika itu telah bertukar bentuk menjadi naga penjaga emas yang telah dicuri daripada Alberich.

bagaimanapun, Siegfried pula telah dikhianati dan terbunuh tetapi sebelum sempat The Ring (gelung) itu berpindah tangan, Brunhilde telah merampasnya dan melemparkannya ke tempat asal.

Maka runtuhlah binaan yang telah dibina oleh Wotan dan berakhirlah dominan kuasa The Ring. Semuanya ini diiringi dengan muzik yang mempersonakan dan nyanyian puisi menakjubkan.

Orang Yahudi sekarang pun tidak boleh menafikan keehbatan muzik Richard Wagner ettapi masih enggan mempersembahkan keseluruhan opera tersebut.

Sekarang perjuangan di Eropah telah disambung oleh masyarakat orang Islam bangsa Eropah di United Kingdom, Sepanyol, Jerman, perancis dan lain-lain.

masyarakat ini diketuai oleh Shaykh Abdul Qadir. Memang wajar orang Eropah meneruskan perjuangan ini. Perjuangan ini berdasarkan al-Quran dan sunah dan juga fikah.

Menurut Imam Malik Ibnu Anas, adab kepada Allah ialah al-Quran, adab kepada Rasul ialah sunah dan adab kepada orang soleh adalah fikah. Tanpa ini semua, kita kurang jelas apa yang telah berlaku dan apa yang harus dilakukan.

Bertindak

Menurut Umar Ibrahim Vadillo,, orang Islam berbangsa Eropah memulakan semua hanya untuk mengikut perintah Allah s.w.t. dan Allah telah membuka jalan bagaimana hendak bertindak. Fiat money harus digantikan dengan dinar emas dan dirham perak.

The Ring adalah sistem perbankan, sesiapa yang memilikinya berkuasa. Ia boelhj berpindah tangan. Setiap kali ada kemakmuran ala kredit is disusuli oleh crash (keruntuhan) dan sistem perbankan bertambahkukuh.

Alhamdulillah tiada perkara yang ada di dunia ini akan kekal begitu juga sistem kewangan yang ada sekarang. Sistem, ini telah hampir sampai ke puncaknya. Allah Taala telah memudahkan kerja kita.

Perjuangan kita sekarang hanya menukarkan wang fiat dengan dinar dan dirham. Jika itu sukar tidak tahu apa lagi hendak dikatakan. Jika diketepikan wang fiat, perbankan juga akan runtuh.

Apa yang kita tidak mahu adalah anarki yang membawa banyak kekecohan. Bunga-bunganya telah dapat dilihat di Indonesia. Nilai wang fiat (wang kertas) masih menurun. Sebenarnya ia tidak ada nilai langsung melainkan bagi mereka yang amat mempercayainya.

UMAR AZMON, Kuala Lumpur

 

Last Updated: 11/09/02 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group