GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to Gift
 

Kijang Emas Ganti Wang Hantaran

UTUSAN MALAYSIA 30/10/2002

Oleh Rokiah Abdullah

KIJANG Emas, wang syiling emas bulion Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad Julai tahun lalu, kini dipelbagaikan kegunaannya, antara lain sebagai wang hantaran perkahwinan. Pengurus Majlis Emas Sedunia Malaysia, Joan Lye berkata, wang hantaran

Kijang Emas yang unik itu akan dipamerkan sempena Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur 2002 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra mulai 1 hingga 3 November ini.

Kata beliau, ia amat sesuai dijadikan wang hantaran bentuk baru yang unik dan menarik. ``Dalam istiadat perkahwinan, pengantin lelaki menghadiahkan wang hantaran dalam bentuk tunai kepada pengantin perempuan sebagai simbol jaminan kewangan untuk memulakan hidup baru.

Tetapi seperti kata orang tua-tua, wang tunai tidak pernah lekat di tangan, sebaliknya emas menawarkan nilai simpanan dalam jangka panjang.

``Hadiah syiling emas pasti memberi jaminan keselamatan kepada pengantin di samping dihargai kerana nilai dan keindahannya,'' katanya.

Pada satu majlis baru-baru ini, Majlis Emas Sedunia Malaysia memperlihatkan lima gubahan wang hantaran yang berlainan dengan menggunakan Kijang Emas menggantikan wang kertas biasa yang bernilai antara RM10,000 hingga RM50,000.

Tambahnya, wang syiling tersebut yang diperbuat daripada emas tulen 999.9 menampilkan gambar kijang pada bahagian hadapannya dan bunga raya iaitu bunga kebangsaan pada bahagian belakang.

``Kijang Emas ini boleh didapati dalam tiga dominasi pilihan iaitu 1 auns (31.105 gram), 1/2 auns (15.550 gram) dan 1/4 auns (7.780 gram),'' ujarnya. Selain sebagai hantaran perkahwinan, Joan berkata, syiling Kijang Emas juga amat sesuai dijadikan hadiah untuk orang kesayangan sempena memperingati hari-hari istimewa seperti hari ulang tahun kelahiran.

``Ia juga boleh dijadikan warisan dari generasi ke generasi seperti mana syiling-syiling Melayu lama,'' katanya.

 

Last Updated: 12/11/02 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group