GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Dinar emas, isu Palestin topik utama perbincangan IDB

BERITA HARIAN 21/10/2002

 

OUAGADOUGOU (BURKINA FASO), Isnin– Penggunaan dinar emas dan isu Palestin akan menjadi antara topik perbincangan Mesyuarat Tahunan Ke-27 Bank Pembangunan Islam (IDB) yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok di sini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh yang mengetuai delegasi lima anggota dari Malaysia, berkata pada sesi pleno mesyuarat itu, Malaysia dijangka menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan semua tindakan ketenteraan dan keluar dari wilayah Palestin.

Beliau berkata, ia penting kerana perdagangan hanya boleh dipertingkat apabila dunia aman berikutan serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat.

Peristiwa itu, katanya, membawa kepada ancaman aset negara Islam dibekukan kerana Amerika mendakwa mereka menyokong pengganas.

“Keamanan di Asia Barat hanya boleh dinikmati apabila Israel keluar dari semua wilayah Palestin dan tanah Arab lain yang diduduki sejak 1967.

“Malaysia menyokong penuh idea membenarkan Pasukan Pelindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memasuki wilayah Palestin yang diduduki dan memberi perlindungan kepada kedua-dua rakyat Palestin dan Israel,” katanya di sini hari ini.

Tentang dinar emas, beliau berkata, Malaysia berharap anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara lain menggunakan dinar emas dalam transaksi perdagangan pada masa depan bagi meningkatkan tahap ekonomi dan hubungan perdagangan antara mereka. – Bernama

 

Last Updated: 25/10/02 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group