GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Dinar emas kaedah pembayaran pilihan

BERITA HARIAN 23/10/2002

 

PENGGUNAAN dinar emas untuk perdagangan pelbagai hala adalah sebagai satu kaedah pembayaran alternatif dan bukan untuk memperlekeh, memusnah atau menunjukkan perasaan kebencian kepada sistem kewangan konvensional.

Pengasas dan Penasihat Residen, American Finance House - Lariba, Dr Yahia Abdul-Rahman, berkata mekanisme dinar emas adalah peringkat terakhir untuk memperkenalkan sistem kewangan yang bebas riba.

Beliau berkata, penggunaan dinar emas dalam perdagangan pelbagai hala itu perlu dilaksanakan dengan berhemah bersandarkan pemikiran matang dan terbuka oleh mereka yang benar-benar percaya dengan sistem kewangan bebas riba.

“Mereka yang benar-benar percaya dengan kaedah kewangan ini akan mencari jalan penyelesaian kepada sebarang masalah yang dihadapi untuk pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata, sistem dinar emas yang bersandarkan nilai emas semasa perlukan kestabilan harga emas di pasaran antarabangsa.

Justeru, perlu dipastikan dalam pelaksanaannya, harga emas tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang merasakan sistem kewangan yang mereka amalkan dicabar atau diperlekehkan, katanya.

Ketika ini ada lima syarikat kewangan terkemuka dunia yang menjadi peserta utama dalam perdagangan emas dan pengaruh mereka mampu menentukan harga emas dunia.

“Perlu disedari bahawa sistem dinar emas direka supaya dapat digunakan seluruh ummah meliputi Islam dan bukan Islam,” katanya ketika membincangkan kertas kerja bertajuk, ‘Peranan Bank Komersial Untuk Memudahkan Pelaksanaan Dinar Emas dalam Perdagangan Pelbagai Hala’ pada Seminar Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala di Kuala Lumpur, semalam.

Yahia berkata, pelaksanaan sepenuhnya mekanisme dinar emas tidak perlu dibuat secara terburu-buru.

“Biarlah setahun atau 10 tahun lagi, tetapi yang pentingnya, pelbagai pihak termasuk kerajaan, bank komersial dan masyarakat menanam dalam minda generasi muda perlunya beralih kepada sistem kewangan yang tidak berasaskan riba.

“Bank komersial boleh memainkan peranan mereka menyedarkan masyarakat mengenai sistem dinar emas dengan membuat dua sebut harga iaitu konvensional dan dinar emas pada peringkat permulaan pelaksanaannya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Asia/Afrika Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Sukandar Abdul Latif, berkata dinar emas membuka peluang besar kepada usahawan Islam memanfaatkan potensi perdagangan yang luas dengan 22 negara di Asia Barat.

Katanya, Malaysia menyediakan sumber eksport yang diperlukan negara Arab terutama produk makanan halal kerana harga produk yang berdaya saing, bermutu dan keupayaan penghantaran cepat.

Sukandar berkata, jumlah dagangan Malaysia dengan negara di Asia Barat hanya berjumlah 3.78 peratus daripada keseluruhan jumlah dagangan Malaysia tahun lalu.

 

Last Updated: 25/10/02 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group