GDRG Home

THE GOLD DINAR RESEARCH GROUP

Universiti Sains Malaysia, Penang

About Us | Members | Activities | Articles | Photo Gallery | The Dinar | Zakat | Mahr | Dinar Trade Network| Bookshop | Links | Announcements | Contact Uss

 

Back to News
page 1, page 2, page 3
 

Dinar emas: Malaysia boleh guna dengan negara Islam

UTUSAN MALAYSIA 24/10/2002

 

 

 

DR. MAHATHIR Mohamad bersama Ahmad Sarji (duduk kiri) dan Dr. Abdul Monir Yaacob bergambar dengan kakitangan IKIM yang telah berkhidmat selama 10 tahun, pada majlis ulang tahun institut itu yang diadakan selepas penutup Seminar Antarabangsa Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala di Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Malaysia mampu menjadikan penggunaan dinar emas sebagai kenyataan dengan melaksanakannya terlebih dahulu dalam perdagangan dua hala membabitkan mana-mana negara Islam yang berminat menggunakan mata wang tersebut.

Langkah tersebut perlu dilakukan sebelum ia diperluaskan dalam perdagangan pelbagai hala dengan lebih banyak negara lain ekoran terdapat halangan perundangan dalam sistem kewangan antarabangsa.

Cadangan itu terkandung dalam rumusan Seminar Antarabangsa Dinar Emas dalam Perdagangan Pelbagai Hala anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang berlangsung selama dua hari yang berakhir hari ini.

Rumusan sebanyak enam muka surat itu dibacakan oleh Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid pada sesi penutup seminar tersebut di sini.

Menurut beliau, sebagai langkah awal, Malaysia boleh menawarkan perdagangan dua hala menggunakan dinar emas melalui Perjanjian Pembiayaan Dua Hala (BPA) dengan mana-mana negara Islam.

``Adalah penting untuk melaksanakan dinar emas secara beransur-ansur dalam sistem sedia ada kerana tindakan drastik akan memberi kesan kepada ekonomi negara-negara tertentu,'' katanya.

Justeru, katanya, beberapa infrastruktur perundangan perlu diwujudkan bagi disesuaikan dengan pelaksanaan dinar emas.

``Ini kerana terdapat peruntukan dalam Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang melarang penggunaan emas sebagai medium pembiayaan,'' katanya.

Menurut Ahmad Sarji, penggunaan dinar emas juga perlu memenuhi beberapa kriteria antaranya bebas dari unsur riba, menepati prinsip syariah serta mempunyai kekuatan dan kestabilan.

Ujarnya, walaupun harga emas lebih stabil berbanding pertukaran mata wang kertas, satu kajian mendalam perlu dijalankan bagaimana untuk menangani kejatuhan harga emas di pasaran.

``Sejajar dengan usaha mempromosikan dinar emas, bank komersial perlu memainkan peranan membina keyakinan pelbagai pihak termasuk membina rangkaian perbankan Islam,'' katanya.

 

Last Updated: 25/10/02 ©NE2002

 

Gold Dinar Research Group