Latarbelakang

 

Bidang hadith merupakan bidang teras bukan sahaja bagi Pengajian Islam sebagai satu disiplin ilmu, malah bagi Islam sebagai satu kepercayaan dan peraturan hidup. Bidang ini menjadi semakin berkembang sebagai satu bidang pengkhususan ilmu dengan usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh ilmu hadith.

Malah, bidang hadith turut menyumbang kepada pembangunan negara melalui hadith-hadith yang sarat dengan ilmu teori dan praktikal. "Al-Qur'an dan Hadith Tonggak Pembangunan Ummah" menjadi pilihan tema seminar. Namun demikian, penekanan kali ini adalah kepada bidang hadith sebagai perbahasan seminar kerana seminar tentang al-Qur'an telah pun dianjurkan oleh Bahagian Pengajian Islam pada tahun 2001.

Mengenai tokoh-tokoh hadith, kesarjanaan, pemikiran dan sumbangan mereka memerlukan para pengkaji menyelami hampir  separuh daripada bidang ilmu ini. Tokoh-tokoh hadith sepanjang zaman telah memberi sumbangan yang amat bermakna dalam memelihara kesucian teras syariat Islam. Dalam kesungguhan masyarakat memahami syariat Islam, maka peribadi tokoh-tokoh berserta pemikiran dan sumbangan mereka patut diketengahkan. Oleh yang demikian, penganjuran seminar ini dirasakan amat kena pada masa dan sesuai pada tempatnya.

Seminar anjuran Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis ini dijangka akan dihadiri oleh seorang tokoh hadith kontemporari yang terkenal yang dijemput sebagai pembentang jemputan, iaitu:

bulletSyeikh Salim al-Hilali dari Jordan

 

OBJEKTIF

Melalui seminar ini, beberapa objektif ingin dicapai, iaitu:

bulletMemperkenalkan ketokohan pakar-pakar hadith pasca kurun ke-13 Hijrah ke atas.

bullet

Melihat bidang kepakaran yang pelbagai dalam bidang hadith yang dimiliki oleh setiap tokoh.

bullet

Menonjolkan hasil kepakaran mereka yang merupakan sumbangan kesarjanaan. Ini memandangkan ketokohan mereka lebih hampir dimanfaatkan di era masakini.

bullet

Mendapatkan analisis kritis terhadap pandangan mereka dalam bidang hadith.

bulletMemupuk perbincangan akademik dan penyelidikan dalam kalangan pakar hadith.

       

title graphic