HomeMission & VisionContact UsSchool OfficialsSchool Handbook
Welcome to the School of Pharmaceutical Sciences Universiti Sains Malaysia         Selamat Datang ke Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia
 

Undergraduate Program

Entrance Requirement

Pharmacy Curriculum

Graduation Requirements

Experiential Learning

External Examiner System

Dressing Code

Oath / Pledge

 

 

 

 

ETIKA PAKAIAN PELAJAR-PELAJAR

PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI

Berikut merupakan etika pakaian yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar Pusat Pengajian Sains Farmasi sewaktu kuliah, amali, klerksyip, eksternsyip dan berurusan dengan pensyarah serta berurusan di pejabat am.

 

PELAJAR LELAKI

Pakaian yang dibenarkan

Kemeja lengan pendek/panjang, tali leher, seluar ‘slack’, bersepatu (kasut) – bukan jenis yang dipakai semasa bersukan, kot makmal (untuk amali dan klerksyip).

Pakaian yang tidak dibenarkan

Baju-T kolar/tanpa kolar, seluar jeans, selipar, bersunting telinga atau di mana-mana bahagian muka dan tubuh, rambut berwarna ganjil (kuning, hijau, biru, ungu, merah dsb.) dan rambut panjang mencecah kolar.

 

PELAJAR WANITA

Pakaian yang dibenarkan

Kemeja lengan panjang/pendek dan tidak jarang, ‘blouse’ lengan panjang/pendek (tidak menampakkan pusat, tidak ketat, jarang dan mendedahkan tubuh), skirt yang melebihi paras lutut, seluar ‘slack’, baju kurung dan kot makmal (untuk amali dan klerksyip).

Pakaian yang tidak dibenarkan

Baju-T kolar/tanpa kolar, seluar jeans, selipar, kasut sukan, rambut berwarna ganjil (kuning, hijau, biru, ungu, merah dsb.).

 

PELAJAR-PELAJAR JUGA PERLU MEMATUHI PERKARA-PERKARA BERIKUT SEWAKTU MENGHADIRI KULIAH/AMALI.

 

1. Semua pelajar tidak dibenarkan ‘on’ telefon bimbit. ‘Off’kan telefon atau set dalam mod getaran

2. Semua pelajar tidak dibenarkan keluar masuk dewan kuliah secara sesuka hati semasa kuliah sedang dijalankan.

3. Semua pelajar harus mematuhi waktu kuliah yang telah ditetapkan.

4. Pelajar yang lewat tidak dibenarkan masuk melalui pintu hadapan di mana pensyarah sedang memberikan kuliah.

 5. Tag nama harus dipakai sepanjang masa termasuk ketika berurusan di Pejabat Am pusat pengajian.

 

Semua pelajar diarahkan mematuhi etika yang telah ditetapkan. Mana-mana pelajar yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib.

 

 

Copyright © School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia
Last modified: 7 July 2008
Please send comments to : Webmaster