PERLEMBAGAAN PWUSM
 
BAB XI : PERATURAN KEWANGAN DAN AKAUN

 

  1. Semua wang yang terkumpul diperingkat Pusat (Tabung Pusat) dan Cawangan Persatuan adalah menjadi hakmilik Persatuan.

  2. Tahun kewangan bagi Persatuan bermula pada 1 Januari dan berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun.

  3. Persatuan hendaklah membuka satu akaun di mana-mana institusi kewangan yang berdaftar seperti yang ditetapkan oleh Majlis, atas nama Persatuan.

  4. Semua yuran anggota, derma dan lain-lain pendapatan hendaklah dibayar ke akaun Persatuan.

  5. Bendahari boleh menyimpan sejumlah wang tunai yang akan ditentukan oleh Majlis dari masa ke semasa yang tidak boleh lebih dari RM300.00 dalam satu- satu masa. Wang yang selebihnya hendaklah dalam masa tujuh hari dari tarikh diterima dimasukkan ke dalam bank.

  6. Bersabit dengan perenggan di atas, perbelanjaan yang kurang daripada RM300.00 boleh diluluskan oleh Yang Di Pertua, Bendahari dan Setiausaha Majlis. Perbelanjaan melebihi RM300.00 pada satu-satu masa, tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Majlis. Perbelanjaan yang melebihi RM3,000.00 tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Mesyuarat Agung Perwakilan.

  7. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan di semua peringkat hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata- mata untuk melanjut, memaju dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua- duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini.

  8. Persatuan bolehlah menjalankan apa-apa usaha yang manfaat untuk menambah tabung Persatuan.

  9. Peraturan tersebut di perenggan-perenggan 5 dan 6 hendaklah juga patuhi oleh Jawatankuasa -Jawatankuasa Cawangan.

 

 

 

 

 

| KENALI KAMI | PERLEMBAGAAN | AKTIVITI | PENERBITAN | KEAHLIAN | HUBUNGI KAMI | PAUTAN |