Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

Jerayawara AAN2010

Syarat & Peraturan
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA

ASAS ANUGERAH

  1. Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah seorang ahli akademik yang komited, terlibat secara menyeluruh dan berterusan dalam proses penemuan ilmu, penjanaan kekayaan negara dan memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara dan dunia ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia sejagat.

  2. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

KRITERIA PEMOHON

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:

  1. Menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan pentadbiran akademik.

  2. Berkhidmat sebagai pensyarah di universiti tempatan selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik.

  3. Telah menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

  4. Telah mendapat anugerah atau pengiktirafan bagi sumbangannya selama 10 tahun kebelakangan dari tahun yang dinilai.

  5. Membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.

  6. Menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui.

JENIS ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK PERMOHONAN ANUGERAH

  1. Anugerah / pengiktirafan akademik yang diakui secara rasmi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

  2. Penerimaan anugerah mestilah mengambil kira sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

  3. Zamalah (fellowship) yang diperolehi mestilah berasaskan undangan dan bukan permohonan.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH

Dalam proses penilaian untuk penganugerahan, semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement) akan diambil kira.

NILAI ANUGERAH

Nilai hadiah Anugerah adalah RM80,000 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu) berserta sijil pengiktirafan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia