Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

Jerayawara AAN2010


L A T A R    B E L A K A N G

Kecemerlangan ahli akademik di IPT dalam pelbagai bidang di negara ini telah dibuktikan melalui pelbagai pengiktirafan yang telah diterima di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara contoh pengiktirafan termasuk ISESCO Literacy Prize, Carlos J. Finlay Prize for Microbiology (UNESCO), Young Scientist (UNESCO), King Faisal Award (Saudi Arabia), Anugerah International Khwarizmi (Iran), Doctoral Fellow PHP (Institute Asia, Tokyo), Prince Sultan bin Abdul Aziz International Water Award (Arab Saudi), World Intellectual Property Organization (WIPO) Awards, Geneva International Exhibitions of Inventions, New Techniques and Products, Inovasi, Reka Bentuk Industri dan Teknologi (I-TEX), dan World Exhibition of Innovation, Research and New Technologies (Belgium).

Video Preview
Live Streaming
Tarikh Tutup :
24 Mei 2011
5.00 ptg

Sementara itu, pelbagai pertubuhan, persatuan dan Kementerian juga turut mengiktiraf kecemerlangan pensyarah kita. Contoh pengiktirafan termasuk Yayasan Sains Toray Malaysia, Anugerah Inovasi Negara, Langkawi Award, Anugerah Sastera Negara, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Anugerah Harta Intelek Negara, Anugerah Seniman Negara dan Anugerah Medal Emas Penyelidikan (MPOB).

Ahli akademik juga telah banyak mengharumkan nama negara melalui penerbitan hasil penyelidikan mereka dalam jurnal yang berimpak tinggi, buku karya asal yang bermutu, karya seni dan kreativiti terbaik, mengkomersialkan produk penyelidikan atau menjadi pengajar cemerlang. Justeru itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan anugerah berprestij yang dikenali sebagai Anugerah Akademik Negara (AAN) yang dapat mengiktiraf kejayaan akademik di Malaysia.

Daripada segi sejarah, konsep AAN ini berlandaskan Anugerah Sanggar Sanjung yang telah dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tahun 2001. Inilah pengiktirafan tertinggi USM yang dihadiahkan kepada ahli akademik, berdasarkan kejayaan yang cemerlang serta pengiktirafan yang telah diperoleh.

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia