Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

Jerayawara AAN2010

S Y A R A T   &   P E R A T U R A N   U M U M

  1. Pemohon AAN hanya terbuka kepada warganegara Malaysia.

  2. Permohonan semua kategori AAN, kecuali bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara, terbuka kepada semua ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai di Universiti dan Kolej Universiti awam serta swasta tempatan.

  3. Bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara, penilaian didasarkan kepada sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement). Calon yang memenuhi kriteria bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara boleh juga dicalonkan melalui Majlis Profesor Negara.

  4. Bagi semua kategori lainnya, kecuali Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk dan Anugerah Pengajaran, hanya calon yang telah menerima anugerah atau pengiktirafan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010 layak dipertimbangkan.

  5. Bagi kategori Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, hanya produk yang telah dikomersialkan dan mendapat pulangan daripada jualan layak untuk dipertimbangkan.

  6. Sekiranya tiada calon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberi.

  7. Bagi kategori Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Penerbitan Buku dan Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, apabila terdapat pemenang yang bergabung usaha dengan bukan warganegara, nilai anugerah akan diagihkan mengikut bahagian warganegara sahaja.

  8. Pemohonan / pencalonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini dimuat turun dari laman web http://www.mohe.gov.my/AAN2010. Permohonan / pencalonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor/Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif atau wakil yang menjalankan tugasnya/Pemangku/Pengerusi Majlis Profesor Negara. Sekiranya borang pencalonan/permohonan ditanda tangani oleh wakil Naib Canselor/Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor/Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif perlu disertakan. Setiap permohonan/pencalonan perlu menggunakan borang berasingan. Bagi Naib Canselor/Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif perakuan hendaklah diberi oleh Pengerusi Lembaga atau ahli Lembaga Pengarah Universiti.

  9. Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap. Permohonan/pencalonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

  10. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Mei 2011 (Selasa). Permohonan dialamatkan kepada:

    Ketua Pengarah
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 3, Blok E9, Parcel E, Presint 1
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62505 PUTRAJAYA
    (UP: Urus Setia Anugerah Akademik Negara 2010)

    dan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tersebut.
    Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
     

  11. Ahli Jawatankuasa Pemilih yang menjadi calon dalam sesuatu kategori tidak boleh terlibat dalam proses penilaian bagi kategori tersebut pada tahun yang dinilai.

  12. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, Panel AAN berhak untuk menarik balik anugerah.

  13. Keputusan Panel AAN adalah muktamad.

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia