Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

Jerayawara AAN2010

Syarat & Peraturan
ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL

ASAS ANUGERAH

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pensyarah yang menghasilkan makalah jurnal terbaik, satu dalam bidang Sains dan satu dalam bidang Sains Sosial/Sastera bagi tahun yang dinilai. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun-tahun berikutnya.

KRITERIA PERMOHONAN

  1. Makalah yang terdapat dalam senarai jurnal seperti terpamer di laman web http://www.mohe.gov.my/aan2010 layak dipertimbangkan. Senarai tersebut boleh berubah dari semasa ke semasa dan ditentukan seperti berikut:

    • Bagi bidang Sains, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Science Edition terkini telah dibahagikan kepada 172 disiplin, dan 10% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan.
      (Lihat senarai jurnal bidang Sains)
       

    • Bagi bidang Sains Sosial/Sastera, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Social Sciences Edition terkini telah dibahagikan kepada 57 disiplin, dan 25% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan.
      (Lihat senarai jurnal bidang Sains Sosial/Sastera)
       

    • Untuk bidang khusus yang merangkumi Kesusasteraan, Pengajian Melayu, Pengajian Islam serta Pengajian Seni senarai berasingan telah juga disediakan di dalam laman web tersebut.
      (Lihat senarai khas jurnal)

  2. Hanya penulis utama (principal / corresponding author) yang makalahnya beralamat di universiti tempatan layak memohon.

  3. Setiap pemohon hanya dibenar mengemukakan SATU makalah sahaja untuk pertimbangan.

  4. Makalah tersebut perlu mempunyai nama jurnal, jilid, muka surat dan tahun penerbitan yang dinilai. Tarikh penerbitan online tidak diambil kira.

KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH

  1. Hanya makalah dalam jurnal tersenarai seperti ternyata di atas akan dipertimbangkan.

  2. Penentuan pemenang adalah berasaskan skor yang diberi kepada perkara berikut :

    (i) Keaslian makalah
    (ii) Impak dalam bidang ilmu
    (iii) Sumbangan kepada negara
    (iv) Impak kepada manusia sejagat.

  3. Pakar luar daripada Jawatankuasa Penilai AAN akan dirujuk untuk menilai makalah jurnal yang telah disenarai pendek, jika perlu.

NILAI ANUGERAH

Nilai setiap anugerah adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) berserta sijil penghargaan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anugerah akan dikeluarkan atas nama pemohon yang akan bertanggungjawab membahagikannya sama rata kepada semua penulis lain (warganegara Malaysia sahaja).

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia