Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

Jerayawara AAN2010

Syarat & Peraturan
ANUGERAH PENERBITAN BUKU

ASAS ANUGERAH

Anugerah ini diberikan kepada buku ilmiah asli yang telah mendapat anugerah/hadiah pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa pada tahun yang dinilai (2010). Buku ini hendaklah memberi impak kepada pembinaan ilmu atau berpotensi membawa perubahan kepada minda masyarakat.

KRITERIA PERMOHONAN

  1. Buku yang dicalonkan untuk kategori ini hendaklah telah memenangi anugerah/hadiah penerbitan buku yang diberi oleh mana-mana badan terhormat pada peringkat kebangsaan Malaysia atau peringkat kebangsaan di negara lain, atau di peringkat antarabangsa pada tahun yang dinilai (2010).

  2. Untuk tujuan anugerah ini, buku ilmiah bermaksud buku yang ditulis secara sistematik berasaskan fakta dan hasil penyelidikan yang dianalisis secara kritis melalui penghujahan yang rasional, bukan penulisan kreatif yang ditulis berasaskan imaginasi atau penulisan kewartawanan. Yang dimaksudkan dengan karya asli ialah karya yang ditulis oleh pengarang sendiri atau bersama dengan pengarang lain, dan bukan karya hasil terjemahan, adaptasi, atau yang mempunyai unsur-unsur ciplakan.

  3. Buku ini mestilah merupakan buku yang berkesinambungan dari bab ke bab dan integratif sifatnya. Ia bukanlah koleksi kertas kerja, himpunan esei, tesis/disertasi (melainkan telah distrukturkan ke bentuk buku) atau laporan penyelidikan/ perundingan.

  4. Buku ini hendaklah ditulis oleh tidak lebih daripada tiga (3) orang pengarang.

  5. Buku ini hendaklah dihasilkan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, atau dalam terjemahan bahasa lain.

  6. Buku ini perlulah memperlihatkan impak ilmiah yang memberi kesan positif kepada komuniti ilmu atau masyarakat pada amnya.

CONTOH HADIAH YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK ANUGERAH PENERBITAN BUKU

  1. Peringkat Kebangsaan

    1. Malaysia
      - Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
      - Hadiah Sastera Perdana Malaysia (DBP)
      - Hadiah Buku Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
      - Hadiah Buku Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

    2. Negara Lain
      -Islamic Book Fair Award (Indonesia)
      - Khatulistiwa Literary Award (Indonesia)
      - USA National Book Awards (USA)
      - British Book Awards (GBR)

  2. Peringkat Antarabangsa
    - Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
    - ICAS Book Prize (Leiden)
    - Costa Book Awards (UK; ilmiah kesusasteraan)
    - Guardian First Book Awards (UK; ilmiah)
    - Harry J. Benda Awards (USA)

NILAI ANUGERAH

Nilai bagi Anugerah Penerbitan Buku adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) berserta trofi dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Nilai anugerah ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja.

 

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia