Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

Jerayawara AAN2010

Syarat & Peraturan
ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK

ASAS ANUGERAH

  1. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk* berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di Malaysia dan telah dikomersialkan, memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi Negara.

  2. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun berikutnya dengan produk yang berbeza.

*Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses.

KRITERIA PENCALONAN PRODUK

Produk telah dikomersialkan melalui penjanaan pendapatan dan/atau mendapat pulangan daripada jualan. Yuran perlesenan boleh diambil kira sebagai pendapatan pengkomersialan. Walau bagaimanapun, yuran perkhidmatan dan amaun terimaan daripada penyelidikan kontrak tidak diambil kira sebagai jualan kasar/pendapatan pengkomersialan.

Nilai pendapatan kasar terkumpul sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu).

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK

Pemilihan produk akan mengambil kira perkara berikut:

  1. Penerangan dari aspek teknikal, keaslian (originality) dan kepentingan kepada pengguna.

  2. Perlu mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai perjanjian harta intelek.

  3. Pernah menerima anugerah dari dalam dan/atau luar negara.

  4. Telah menjana hasil jualan kasar dan/atau pendapatan pengkomersialan kepada universiti serta penyelidik.

  5. Telah berjaya menembusi pasaran dalam dan/atau luar negara.

  6. Mempunyai elemen nilai tambah berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran.

  7. Memberi impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara.

  8. Mampu menjana peluang pekerjaan dan bisnes baru.

  9. Terdapat usaha ke arah kelestarian bisnes termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk dan pelaburan semula dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

  10. Penerbitan berkaitan produk telah dihasilkan.

  11. Telah memperolehi dana untuk sekurang-kurangnya satu fasa berikut: penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan.

NILAI ANUGERAH

Nilai hadiah adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) berserta trofi dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Hadiah akan dikeluarkan atas nama pemohon yang akan membahagikannya kepada ahli kumpulan mengikut peratusan sumbangan masing-masing seperti yang tertera di dalam borang pemohonan (warganegara Malaysia sahaja).

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia