Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

Jerayawara AAN2010

Syarat & Peraturan
ANUGERAH SENI DAN KREATIVITI

ASAS ANUGERAH

  1. Anugerah ini diberikan kepada calon yang telah menghasilkan karya asli yang telah memenangi anugerah dan menyumbang kepada pembangunan ilmu dan kreativiti serta memberi impak positif kepada seni budaya.

  2. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun-tahun berikutnya.

KRITERIA PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah seorang yang masih aktif dalam bidang yang diceburi dan telah berkhidmat secara kumulatif di universiti tempatan sekurang-kurangnya selama 3 tahun.

  2. Permohonan adalah terbuka kepada calon dalam bidang berikut:

    1. Seni Persembahan

    2. Seni Bina

    3. Seni Visual

    4. Seni Skrin

    5. Seni Kraf

    6. Penulisan Kreatif

  3. Setiap pemohon perlu mengemukakan butir jaya diri (CV).

  4. Setiap pemohon perlu mengemukakan portfolio / cd / dvd / media penyimpanan salinan karya yang dihasilkan pada tahun yang dinilai.

  5. Calon perlu mengemukakan salinan dokumen anugerah/pengiktirafan yang diterima beserta maklumat dan latar belakang tentang anugerah tersebut.

  6. Karya asli yang telah menerima anugerah/pengiktirafan daripada badan berprestij di peringkat kebangsaan atau antarabangsa bagi tahun yang dinilai sahaja layak diterima untuk penyertaan.

PERINCIAN BIDANG

Kelompok Seni dan Kreativiti Contoh Bidang
Seni Persembahan
(Moden, Tradisional dan Inovasi Kontemporari)
Teater:
1. Pengarah
2. Pelakon
3. Sinografi (Tari dan drama) - Pencahayaan, latar hias, reka pentas, busana, kesan bunyi, solekan
4. Pembentukan teori dan kurikulum

Tari:
1. Pereka tari (koreografer)
2. Penari (moden, klasikal dan tradisional)
3. Pembentukan teori dan kurikulum

Muzik:
1. Komposisi lagu / lirik
2. Gubahan skor / penataan muzik (filem, tari, teater, iklan)
3. Kepemimpinan orkestra/koral
4. Pereka dan pembuat alat
5. Persembahan artis ”virtuoso”
6. Penyanyi moden, klasikal dan tradisional
7. Pembentukan teori dan kurikulum

Terma muzik yang berkenaan:
Komposisi lagu:

1. Muzik popular
2. Muzik filem - muzik tema, muzik latar, lagu nyanyian
3. Muzik eksperimental
4. Muzik seni (art music)
5. Muzik tradisional (klasik dan rakyat)
6. Muzik tarian
7. Muzik Iklan
8. Muzik Animasi

Gubahan skor:
Termasuk semua kategori komposisi dalam pelbagai ensembel dan media.

Kepemimpinan Orkestra/Koral (Konduktur):
Pementasan tahap nasional dan antarabangsa.

Rekaan dan pembuatan Alat:
Hasil seni tradisional dan moden.

Pembentukan teori dan kurikulum baru:
Semua peringkat pengajian.

Persembahan peringkat ”virtuoso”:
Kemahiran profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Seni Visual
(Moden,Tradisional dan Inovasi Kontemporari)
Arca
Instalasi (gabungan arca, video, lukisan, bunyi dan/atau montaj)
Animasi
Grafik
Media Baru (multimedia konvensional dan digital)
Catan
Reka Bentuk Produk/Industri
Seni cetak
Fotografi
Pembentukan teori dan kurikulum
Skrin Lakon layar
Pengarahan
Penataan Seni
Animasi
Sinematografi
Suntingan
Penataan bunyi
Pembentukan teori dan kurikulum
Seni Kraf
(Moden,Tradisional dan Inovasi Kontemporari)
Ukiran
Tekstil
Logam
Anyaman
Tenunan
Tekad
Batik
Sulaman
Pembentukan teori dan kurikulum
Penulisan Kreatif Novel
Puisi
Cerpen
Skrip(drama, TV, filem, iklan)
Pembentukan teori dan kurikulum

KRITERIA PENILAIAN

  1. Pemohon yang melepasi titik ambang, akan disenarai pendek untuk penilaian bagi 6 kategori yang disenaraikan. Calon yang mempunyai impak tertinggi dalam setiap kategori akan dipilih untuk mendapat anugerah. Sekiranya tiada pemenang yang jelas, satu temuduga akan diadakan untuk menentukan pemenang.

  2. Penentuan Anugerah adalah berasaskan skor yang terkumpul daripada perkara-perkara berikut:

    1. Keaslian produk/karya

    2. Karya/produk yang memberi impak kepada bidang ilmu dan manusia sejagat.

    3. Kredibiliti badan yang memberi anugerah.

    4. Nilai kewangan atas hasil karya/produk.

    5. Pencapaian lain masa lalu dalam bidang berkaitan

    6. Karya yang mengangkat jati diri bangsa dan martabat negara.

    7. Menghasilkan inovasi dalam produk seni berasaskan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, paten, reka bentuk, teknologi yang memberi impak dan pemikiran baru.

    8. Penjelasan karya dari sudut falsafah dan pemikiran calon.

  3. Hierarki senarai anugerah dalam kategori seni dan kreativiti yang diterima untuk penilaian termasuk:

    Semua Kategori

    • Anugerah Seniman Negara

    Penulisan Kreatif

    • Anugerah Sasterawan Negara

    • Hadiah MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara)

    • SEAwrite Award (Kerajaan Thailand)

    • Tokoh Penulisan Seni

    • Hadiah Sastera Perdana Malaysia (Kerajaan Malaysia)

    • Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)

    Seni Skrin

    • International Film Festival seperti Cannes, Berlin, Venice Festival

    • Best Foreign Film (Academy Awards U.S.A)

    • Asia Pacific Film Festival

    • Anugerah tokoh perfileman

    • Anugerah Festival Filem Malaysia

    • Anugerah Skrin

    • Anugerah Sri Angkasa

    • Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)

    Seni Bina

    • Aga Khan Design Awards

    • Royal Institute of British Architect Award

    • Anugerah Persatuan Arkitek Malaysia

    • Anugerah Jabatan Lanskap Negara

    • Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)

    Seni Persembahan

    • Tokoh Teater

    • Tokoh Tari

    • Tokoh Muzik

    • Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM)

    • KL International Film Festival (KEKKWA)

    • Anugerah Juara Lagu

    • Anugerah Sri Angkasa

    • Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)

    Seni Kraf

    • Piala Seri Endon (Fesyen)

    • Piala Seri Endon (Soft Furnishing)

    • Jarum Emas / Berlian Utusan Melayu

    • Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)

    Seni Visual

    • Festival seni antarabangsa seperti Venice Biennale, Documenta, Asia Pacific Triennial of Contemporary Art

    • Tokoh Kraf Negara

    • Bakat Muda Sezaman (BMS)

    • Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)

    Pakar luar akan dirujuk (sekiranya perlu) untuk menilai karya/produk yang telah disenarai pendek.

    Penilaian adalah berdasarkan sumbangan berterusan calon dalam bidangnya.

NILAI ANUGERAH

Nilai bagi Anugerah Seni dan Kreativiti adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) berserta sijil pengiktirafan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia