Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

Jerayawara AAN2010

Syarat & Peraturan
ANUGERAH PENGAJARAN

ASAS ANUGERAH

  1. Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada pensyarah universiti/kolej universiti awam dan swasta yang mempunyai pengalaman minimum dan pengajaran selama sepuluh (10) tahun sebagai pensyarah samada di IPTA atau/dan IPTS.

  2. Pengajaran yang cemerlang dalam konteks ini didefinisikan sebagai aktiviti kreatif dan inovatif yang direkabentuk untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan mengembangkan kebolehan, bakat serta minat pelajar.

  3. Pemilihan calon bagi Anugerah Pengajaran adalah berdasarkan inovasi dan kreativiti dalam kriteria berikut:

    1. Pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengajaran.

    2. Persediaan pengajaran.

    3. Kaedah pengajaran.

    4. Kaedah penilaian pembelajaran.

    5. Bimbingan dan penyeliaan
       

  4. Seseorang calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali seumur hidup.

KRITERIA PERMOHONAN

  1. Ahli akademik IPT yang telah disahkan dalam jawatan.

  2. Pencalonan mestilah dibuat oleh IPT.

  3. Pencalonan yang melebihi seorang calon bagi setiap kelompok tidak akan dipertimbangkan.
    Senarai kelompok adalah seperti di bawah

KELOMPOK ANUGERAH

ENAM (6) KELOMPOK Anugerah Pengajaran 2010 dan contoh bidang adalah seperti berikut:

Kelompok Anugerah Contoh Bidang
Sains Tulen Biologi
Fizik
Kimia
Matematik
Sains Gunaan Sains Industri
Sains Komputer / Teknologi Maklumat
Seni Bina
Teknologi Industri
Sains Kesihatan Farmasi
Kejururawatan
Kesihatan Bersekutu
Pergigian
Perubatan
Kejuruteraan
 
Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Sastera dan Sains Sosial Antropologi
Bahasa dan Linguistik
Ekonomi
Falsafah
Geografi
Kesusasteraan
Pengajian Etnik
Pengajian Islam
Psikologi
Sains Politik
Sejarah
Seni
Sosiologi
Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan Komunikasi
Pendidikan
Pengurusan
Perakaunan
Perniagaan
Perundangan
Psikologi Industri
Seni

Bidang yang tiada dalam senarai Contoh Bidang akan dimasukkan dalam kelompok berdasarkan fakulti/pusat pengajian/pusat/institut pemohon.

PROSEDUR PEMILIHAN CALON DI PERINGKAT IPT

Setiap IPT berhak menentukan cara terbaik untuk pemilihan calon masing-masing bagi setiap kelompok.

PEMILIHAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Penilaian dijalankan secara berperingkat seperti berikut:

  • Peringkat 1: Portfolio/folio WAJIB mengandungi perkara berikut:

    A. Penjelasan tentang pengajaran meliputi:

    1. Penyataan falsafah pengajaran calon yang tidak melebihi satu (1) muka surat.

    2. Inovasi dan/atau kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

      1. Penyataan inovasi dan/atau kreativiti dalam pengajaran

      2. Keaslian inovasi dan/atau kreativiti

      3. Kesesuaian inovasi dan/atau kreativiti dalam bidang dan tahap pengajaran calon

    3. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

      1. Penggunaan inovasi dan/atau kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

      2. Kesan inovasi dan/atau kreativiti pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar, rakan sejawat dan masyarakat (contohnya; maklum balas borang soal selidik dan surat sanjungan daripada pelajar)

      3. Merangsang dan memupuk pemikiran kritis

      4. Bimbingan terhadap pembelajaran (bimbing-selia, penasihatan yang substantif)

      5. Hasil penyelidikan dan penerbitan calon yang digunapakai dalam pengajaran

      6. Penerbitan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

      7. Penyeliaan projek penyelidikan tahun akhir dan ijazah tinggi (contohnya; kaedah penyeliaan, bilangan pelajar berijazah)

    4. Bahan pengajaran dan penilaian

      1. Kesesuaian (contohnya; tahap dan skop)

      2. Keterkinian

      3. Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran

      4. Penilaian berterusan

Nota: Sila pastikan kandungan portfolio/folio disusun mengikut urutan di atas.

B. Calon diwajibkan menyertakan bahan bukti seperti berikut untuk menyokong penjelasan di atas:

  1. Bahan yang menunjukkan pembelajaran berkesan telah berlaku meliputi rakaman digital aktiviti pengajaran (CD dan bahan-bahan lain perlu disertakan)

  2. Bahan pengajaran dan penilaian yang menunjukkan keunikan inovasi dan kreativiti calon selain daripada powerpoint (contohnya; modul pengajaran, bahan bantu mengajar, blog, e-learning dan lain-lain)

  3. Bahan sokongan lain yang berkaitan seperti surat sanjungan pelajar, rakan sejawat dan masyarakat

C. Satu (1) salinan butir jaya diri (curriculum vitae) calon terkini dan lengkap.

Portfolio/folio calon yang mencapai titik ambang akan maju ke peringkat 2.

  • Peringkat 2: Temuduga dan Simulasi Pengajaran

    Temuduga dan simulasi pengajaran akan dijalankan bagi calon yang telah disenarai-pendek di peringkat 1.

    Temuduga akan merangkumi perkara berikut:

    1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran

    2. Inovasi dan/atau kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

    3. Keunikan pengajaran dan pembelajaran

    4. Aplikasi penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Masa yang diperuntukkan bagi simulasi pengajaran adalah selama 15 minit.

Perkara yang dinilai dalam simulasi pengajaran:
i.   Keberkesanan komunikasi
ii.  Persembahan yang menarik
iii. Keberkesanan penggunaan bahan bantu pengajaran
iv. Keupayaan meyakini pelajar
v.  Keupayaan melibatkan pelajar secara aktif
vi. Keupayaan memotivasikan pelajar

Calon yang mencapai titik ambang dan markah tertinggi di peringkat 2 bagi setiap kelompok akan diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Pengajaran.

NILAI ANUGERAH

Nilai hadiah Anugerah Pengajaran adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) bagi setiap kelompok berserta sijil penghargaan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia