Pertandingan Malam Citrawarna merupakan batu loncatan yang dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri penghuni setiap desasiswa. Program ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta akan seni warisan bangsa selain menjadikan ia sebagai medium yang dapat membangunkan mahasiswa/siswi yang maju serta harmoni.
Objektif
Meningkatkan dan memperkenalkan seni tari warisan bangsa di mata siswa/siswi USM sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
Menimbulkan minat generasi baru terhadap seni tari warrisan dan menggalakkan mereka menghayati seni warisan tersebut dalam kehidupan mereka.
Mengelakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti hiburan yang tidak berfaedah.
Mencetuskan kesedaran dalam kalangan penghuni desasuswa terhadap kesesuaian seni tari dengan budaya tinggi.
Memberikan peluang kepada siswa.siswi dalam mengetengahkan bakat yang dimiliki oleh mereka.
Kumpulan sasaran : Semua pelajar USM
LOT D26&D27, BANGUNAN E42
PELAJAR TANPA ASRAMA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 PULAU PINANG