Dalam aspek kebajikan, pelajar PETAS boleh merujuk sebarang permasalahan di pejabat sekretariat PETAS di Lot D26&D27, Bangunan E42, Kompleks Dewan Budaya.
Sekretariat PETAS juga bekerjasama dengan pihak masyarakat di luar kampus untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar terjamin dan mewujudkan satu bentuk persefahaman di antara pelajar dengan masyarakat di sekitar USM. Antaranya ialah mengadakan perbincangan dengan pihak polis dan Jawatankuasa Rukun Tetangga di kawasan-kawasan perumahan yang berkaitan.
Pihak universiti juga menyediakan bas komuter untuk membawa pelajar yang tinggal di sekitar Hamna dan Pekaka ke USM, laluan dan jadual waktu bagi bas Hamna/Pekaka adalah seperti berikut:
7.30am – 10.00pm
Desa Indah Kembara, Pekaka, Hamna, Dewan Budaya, Indah Kembara.
1.00pm – 10.30pm
Desa Indah Kembara, Bakti Permai, Cahaya Gemilang, PP Sains Kemasyarakatan, PP Perumahan Bangunan Perancangan, Eureka, Fajar Harapan, Pekaka, Hamna, Dewan Budaya, Eureka, Indah Kembara.