MENU

halaman_utama

latar_belakang

pengurusan

aktiviti

kebajikan

pendaftaran

berita_terkini

hubungikami

May 22, 2009

Sejarah

Walaupun terdapat mahasiswa/siswi yang memilih untuk menetap di luar kampus secara sukarela, namun pihak USM turut memberi perhatian khusus terhadap kebajikan pelajar-pelajar tersebut dengan penubuhan sekretariat Pelajar Tanpa Asrama atau lebih dikenali sebagai PETAS.

PETAS memberi fokus kepada aspek kebajikan, keselamatan dan aktiviti pelajar. Ahli PETAS termasuk mahasiswa/ siswi dan pelajar lepasan ijazah dari tempatan dan antarabangsa. PETAS adalah seumpama sebuah desasiswa di luar kampus dan ia diketuai oleh Penggawa, organisasi pengurusan dan jawatankuasa pelajar.

Sejarah PETAS bermula pada bulan Disember 2001 di mana satu perjumpaan antara para pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar USM dengan mahasiswa/siswi yang menetap di luar kampus telah diadakan di Dewan Tunku Syed Putra USM.Perjumpaan ini bertujuan untuk menubuhkan sebuah persatuan untuk mahasiswa/siswi yang menetap di luar kampus USM.

Oleh demikian, satu jawatankuasa sementara seramai 12 orang telah dilantik dalam kalangan mahasiswa/siswi yang menetap di luar kampus.

 

Objektif Penubuhan 

  • Menjaga kebajikan mahasiswa/siswi yang menetap di luar kampus USM.

  • Pengantara untuk menyampaikan suara mahasiswa/siswi kepada pihak USM.

  • Menyampaikan sebarang maklumat terkini berkaitan segala aktiviti yang berlaku di dalam USM.

  • Sebagai satu saluran bagi pelajar tanpa asrama untuk menyertai aktiviti USM.

  • Mengeratkan hubungan antara mahasiswa/siswi yang menetap di luar kampus.

  • Melahirkan mahasiswa/siswi yang cemerlang dari aspek rohani dan jasmani.

 

 

LOT D26&D27, BANGUNAN E42

PELAJAR TANPA ASRAMA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 PULAU PINANG

www.usm.my/petas