MENU

halaman_utama

latar_belakang

pengurusan

aktiviti

kebajikan

pendaftaran

berita_terkini

hubungikami

May 22, 2009

Debat Piala Naib Canselor (DPNC)

Pengenalan

Program ini merupakan projek tahunan USM yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa-desasiswa universiti. Program ini dianjurkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara Majlis Penghuni Desasiswa USM dan secara tidak langsung memberikan peluang kepada mahasiswa untuk berdebat tentang isu-isu semasa seterusnya melahirkan mahasiswa yang intelektual dan progresif.

Objektif

  • Melatih dan memperkembangkan bakat serta kemampuan diri pelajar USM.

  • Mencungkil dan memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa dalam arena perdebatan seterusnya

  • mewakili USM dalam pertandingan debat antara universiti dalam Negara.

  • Memberikan peluang kepada siswa/ siswi dalam mengetengahkan bakat yang dimiliki oleh mereka.

  • Memberikan peluang kepada mahasiswa untuk berdebat tentang isu-isu semasa.

  • Melahirkan mahasiswa/siswi yang intelektual dan progresif.

  • Mengeratkan hubungan silahturrahim antara semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut.

Kumpulan sasaran : Semua pelajar USM

 

 

 

LOT D26&D27, BANGUNAN E42

PELAJAR TANPA ASRAMA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 PULAU PINANG

www.usm.my/petas