MENU

halaman_utama

latar_belakang

pengurusan

aktiviti

kebajikan

pendaftaran

berita_terkini

hubungikami

May 22, 2009

Pesta Pantun Antara Desasiswa (PADU)

Pengenalan

Pantun merupakan juzuk Kesusasteraan Melayu berbentuk puisi yang tertua dan dikenali sebagai sastera rakyat. Pantun dikatakan tersebar dalam kalangan rakyat secara lisan iaitu dari mulut ke mulut. Pengucapan pantun yang disampaikan secara spontan menuntut kedewasaan dan pengalaman yang luas kerana aspek tersebut menentukan nilai sesebuah pantun. Pengucapan pantun secara spontan perlu terlahir secara meluas, indah dan berseni. PADU cuba mengembalikan juzuk pengucapan pantun secara spontan dalam masyarakat kampus USM. Program ini merupakan projek tahunan USM yang dikelolakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa.

Objektif

  • Mengekalkan sikap cinta akan warisan bangsa dan memelihara keseniannya dalam kalangan mahasiswa/siswi universiti.

  • Memelihara seni warisan bangsa agar terus berkembang sejajar dengan arus pembangunan dan pemodenan.

  • Memupuk semangat bersaing dan bekerjasama secara kolektif dan sihat sesame pelajar universiti seterusnya melahirkan generasi yang cinta akan agama, bangsa dan budaya.

  • Meningkatkan pengalaman dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa/siswi universiti.

  • Melahirkan pemantun varsity yang hebat dan mantap.

Kumpulan sasaran : Semua pelajar USM

 

 

 

 

LOT D26&D27, BANGUNAN E42

PELAJAR TANPA ASRAMA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 PULAU PINANG

www.usm.my/petas