Persatuan ini mempunyai satu lambang rasmi seperti mana yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung, seperti berkembar.
Logo Persatuan Wanita Universiti Sains Malaysia:-
Dua warna yang digunakan di dalam logo persatuan adalah berwarna kundang dan putih. Warna kundang adalah warna rasmi Universiti Sains Malaysia dan putih sebagai warna perbandingan.
Logo ini mengandungi sebuah bulatan dengan perkataan 'Persatuan Wanita Universiti Sains Malaysia' tertulis di dalam ruang bulatan itu. Di dalam ruang bulatan ini juga ada suatu bulatan yang lebih kecil berwarna kundang dan rangka tiga orang wanita dengan tangan mereka berganding melambangkan ketiga-tiga kaum yang utama di Malaysia dan perbuatan bergandingan tangan itu menunjukkan keadaan yang sempurna semasa bekerja dalam harmoni dan persahabatan. |