Mengeratkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri kepada kakitangan dan kakitangan wanita di semua peringkat perkhidmatan.
Memupuk dan meluaskan fahaman di kalangan kakitangan wanita dan isteri kakitangan tentang peranan dan tanggungjawab terhadap pembangunan negara.
Menggalakkan dan menambahkan kesedaran di kalangan kakitangan wanita dan isteri kepada kakitangan tentang hak-hak mereka sebagai wanita.
Menggalakkan kegiatan-kegiatan dan gerakan yang bermanfaat dalam bidang-bidang budaya, sukan, pendidikan, kebajikan, sosial dan kerohanian demi untuk faedah masyarakat.
Menggalakkan kegiatan-kegiatan yang menuju ke arah pendidikan dan kebajikan serta taraf wanita dan kanak-kanak di Malaysia.
Mengadakan satu saluran hubungan yang diiktiraf serta perhubungan yang erat di antara ahli-ahli Persatuan dengan Universiti Sains Malaysia, badan-badan luar yang lain serta masyarakat umum bagi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan mengenai perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada Persatuan.