PERLEMBAGAAN PWUSM
 
BAB III : KEAHLIAN

 

  1. Keahlian terdiri dari tiga kategori:
  1. Ahli Biasa :

    Terbuka kepada semua kakitangan wanita dan isteri kepada kakitangan Universiti Sains Malaysia.

  2. Ahli Bersekutu:

    Terbuka kepada wanita atau isteri kepada seseorang yang walaupun tidak di dalam perkhidmatan Universiti, tetapi mempunyai hubungan rapat atau pernah mempunyai hubungan rapat dengan fungsi kakitangan pentadbiran dan akademik Universiti. Ahli Bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli biasa berhak bersuara, tetapi tidak berhak mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam Persatuan.

  3. Ahli Kehormat:

    Presiden dengan persetujuan Majlis boleh melantik orang-orang tertentu sebagai Ahli Kehormat yang difikirkan boleh memberi sumbangan atau yang boleh manfaat kepada Persatuan sebagai Ahli Kehormat. Mereka ini tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat.

  1. Permohonan menjadi ahli Persatuan dibuat melalui Setiausaha dengan mengisi borang yang telah disediakan. Penerimaan menjadi ahli Persatuan adalah ditentukan oleh Majlis.

  2. Yuran Tahunan ialah:

(a) Ahli Biasa : RM5.00

(b) Ahli Bersekutu : RM6.00

(c) Cadangan : Potongan Gaji

Bayaran masuk menjadi ahli Persatuan tidak dikenakan.Yuran tersebut hendaklah dibayar pada tiap-tiap awal tahun.Yuran yang dibayar bagi tahun pertama menjadi ahli ialah RM5.00 sekiranya menjadi ahli dalam tempoh 6 bulan sebelum akhir tahun. Seseorang ahli yang tidak membayar yurannya bagi tahun semasa dalam masa tiga bulan akan digantung selagi keistimewaannya sebagai ahli dan keistimewaan akan terus digantung selagi ahli itu masih berhutang. Seseorang ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunannya dalam masa 2 tahun akan lucut keahliannya secara otomatik. Ahli Kehormat dikecualikan yuran.

  1. Seseorang ahli biasa dan Ahli Bersekutu boleh pada bila-bila masa menjadi ahli seumur hidup dengan membayar sekaligus sejumlah RM100.00 tertakluk kepada keputusan Majlis.

  2. Peruntukan Fasa 3 dalam BAB III tidak dikenakan kepada seseorang ahli seumur hidup.

  3. Seseorang ahli boleh berhenti dari menjadi ahli dengan menulis kepada Setiausaha.

  4. Majlis boleh menggantung atau memecat seseorang daripada menjadi ahli, bila pada pendapat Majlis, ahli yang berkenaan berkelakuan berlawanan dengan kepenting dan tujuan-tujuan Persatuan.

 

 

 

| KENALI KAMI | PERLEMBAGAAN | AKTIVITI | PENERBITAN | KEAHLIAN | HUBUNGI KAMI | PAUTAN |