PERLEMBAGAAN PWUSM
 
BAB XIII : PEMEGANG AMANAH

 

  1. Harta takalih Persatuan hendaklah dipegang oleh empat orang pemegang amanah, dua daripadanya dilantik di Mesyuarat Agung Tahunan. Presiden dan Bendahari dengan sendirinya menjadi ahli bagi Lembaga Amanah tersebut.

  2. Pemegang Amanah melainkan Presiden dan Bendahari, boleh memegang jawatan ini selama tiga tahun berturut-turut dan adalah layak dilantik semula.

  3. Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menggadai atau meminda harta Persatuan melainkan dengan kebenaran yang diberi oleh Mesyuarat Agung Khas dan Persatuan.

  4. Apabila seseorang Pemegang Amanah meletakkan jawatannya atau lucut dari jawatannya oleh sebab berlakunya sesuatu perkara yang disebutkan dalam BAB III Fasal 7, maka penggantinya boleh dilantik oleh Mesyuarat Agung.

  5. Pemegang Amanah akan memegang amanah bagi segala harta itu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

| KENALI KAMI | PERLEMBAGAAN | AKTIVITI | PENERBITAN | KEAHLIAN | HUBUNGI KAMI | PAUTAN |