PERLEMBAGAAN PWUSM
 
BAB XIV : PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

 

  1. Cadangan untuk meminda mana-mana peruntukan perlembagaan ini boleh dibuat oleh Majlis sendiri atau oleh anggota yang jumlahnya tidak kurang dari 15.

  2. Suatu cadangan untuk pindaan hendaklah ditimbangkan oleh Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak akan diluluskan melainkan dengan persetujuan oleh tidak kurang dari 2/3 anggota-anggota yang hadir. Kelulusan pindaan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tertakluk pada kelulusan Pendaftar Pertubuhan.

  3. Pindaan tersebut akan dikuatkuasa mulai daripada tarikh kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan.

  4. Semua pemindaan undang-undang hendaklah diberitahu kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan dibuat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

| KENALI KAMI | PERLEMBAGAAN | AKTIVITI | PENERBITAN | KEAHLIAN | HUBUNGI KAMI | PAUTAN |