PERLEMBAGAAN PWUSM
 
BAB V : PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN  

 

  1. Majlis boleh membenarkan pembukaan Cawangan-cawangan di semua Kampus Cawangan sekiranya ada sekurang-kurangnya 20 orang ahli.

  2. Majlis boleh membubarkan cawangan:-

    1. Jika bilangan ahli-ahli di dalam masa enam bulan berturut-turut kurang daripada 10 orang.

    2. Jika cawangan tidak patuh kepada perlembagaan persatuan atau keputusan Mesyuarat Agong atau Majlis atau jika difikirkan bersalah oleh Majlis kerana perbuatan yang merosakkan persatuan.

  3. Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Majlis dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan dengan sebab yang disebutkan di dalam perenggan 2(b) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberi satu kenyataan 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan.

  4. Perintah pembubaran hendaklah ditandatangan oleh Setiausaha. Cawangan tidak boleh dijalankan mulai dari tarikh penerimaan perintah kecuali kerana urusan berkenaan pembubaran. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha di dalam tempoh 32 hari daripada penerimaan perintah, membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang demikian Majlis boleh melantik satu Jawatankuasa Pengurus dari ahli-ahli untuk menguruskan hal-hal Persatuan.

  5. Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan pada Fasal 2(a) aturan ini, maka Majlis hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam Fasal 2(b) aturan ini maka ahli-ahli akan terhenti daripada menjadi ahli persatuan.

  6. Adalah menjadi tanggungan kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha segala buku-buku, rekod, wang dan lain-lain harta yang dimiliki oleh cawangan itu berserta dengan satu keterangan kira-kira cawangan mulai daripada tarikh akhir penyata itu di hantarkan sehingga tarikh perintah penutupan.

  7. Jika ahli-ahli sesuatu cawangan hendak keluar dari persatuan maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta menyerahkan kepada Setiausaha semua buku-buku, rekod-rekod, wang dan lain-lain harta persatuan dan seterusnya menyedia dan menyerahkan keterangan kira-kira kepada Setiausaha seperti di dalam perkara 6 di atas ini.

 

 

| KENALI KAMI | PERLEMBAGAAN | AKTIVITI | PENERBITAN | KEAHLIAN | HUBUNGI KAMI | PAUTAN |