1. Tanggungjawab Majlis:
-
Majlis ini bertanggungjawab menggubal dasar persatuan serta merancang strategi-strategi untuk perlaksanaan dasar mengikut dasar perlembagaan Persatuan.
-
Majlis ini bertanggungjawab menyusun aktiviti-aktiviti Persatuan dan mengawasi serta menentukan bahawa tidak ada perkara-perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persatuan.
-
Dalam perkara-perkara tertentu yang berkenaan dengan dasar dan pindaan perlembagaan, Majlis perlu merujuk kepada Mesyuarat agung Tahunan perwakilan untuk makluman dan kelulusan.
-
Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali tiap-tiap bulan dan notis untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalam masa tujuh hari kepada ahli-ahlinya. Sekurang-kurangnya setengah daripada anggota- anggota Majlis mestilah hadir untuk memenuhi korum di mesyuarat.
-
Majlis boleh memberi arahan-arahan kepada setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan hal ehwal Persatuan. Majlis boleh membentuk Jawatankuasa-jawatankuasa seperti disebut di perenggan 1 Bab IV di atas. Majlis juga boleh menggantung atau memecat anggota-anggotanya yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan sekiranya tindakan itu difikirkan baik dan tepat dari segi kepentingan Persatuan.
-
Keputusan Majlis hendaklah dipatuhi oleh semua ahli Persatuan, kecuali dan sehingga dipinda oleh satu keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan.
-
Di antara Mesyuarat-mesyuarat Agung Perwakilan, Majlis boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak tersebut di dalam Perlembagaan ini.
-
Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, keputusan majlis terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan.
-
Majlis dibenarkan mentafsirkan undang-undang Perlembagaan untuk memudahkan pentadbiran Persatuan.
2. Majlis hendaklah terdiri daripada:
(1) Presiden
(2) Naib Presiden
(3) Setiausaha
(4) Penolong Setiausaha
(5) Bendahari
(6) Penolong Bendahari
(7) 12 anggota majlis biasa
(8) Presiden/wakil PWUSM cawangan
|
a. |
|
Cara pemilihan anggota Majlis hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan melalui undi |
|
terbanyak. |
|
b. |
|
Seorang anggota Majlis boleh meletakkan jawatanya dengan menulis kepada Setiausaha dan Majlis |
|
adalah berkuasa untuk menerima perletakan jawatan itu. |
|
c. |
|
Majlis boleh melantik anggota bagi mengisi sebarang kekosongan dalam Majlis sehingga Mesyuarat |
|
Agung Tahunan yang akan datang. |
4. Tugas-tugas anggota Majlis adalah seperti berikut:-
-
Presiden akan menjadi Pengerusi di dalam semua Mesyuarat Agung Perwakilan dan Mesyuarat Majlis serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat tersebut. Beliau juga mempunyai undi pemutus (casting vote) dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat yang diluluskan. Presiden (atau Naib Presiden bersama-sama dengan Bendahari (atau Penolong Bendahari) diberi kuasa menandatangani cek-cek Persatuan.
-
Naib Presiden atau salah seorang di antara mereka akan menjalankan tugas (deputise) Presiden di masa ketiadaannya.
-
Pengerusi Jawatankuasa akan menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan bagi aktiviti-aktiviti tertentu dari masa ke semasa.
-
Setiausaha akan mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan surat-menyurat dan menyimpan semua buku-buku, risalah-risalah dan kertas-kertas selain daripada rekod-rekod akaun dan kewangan Persatuan. Setiausaha juga hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang lengkap dan menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Setiausaha hendaklah menyebarkan kepada semua cawangan Persatuan notis pendahuluan 45 hari sebelumnya bagi Mesyuarat agung Perwakilan berserta penyata kira-kira tahunan yang telah diaudit.
-
Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya.
-
Bendahari akan bertanggungjawab kepada semua perkara-perkara kewangan Persatuan. Beliau akan menyimpan akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab kepada perkara-perkara kewangan Persatuan. Bendahari akan bersama-sama Presiden (atau Naib Presiden sekiranya tidak ada Presiden) menandatangani semua cek-cek bagi pihak Persatuan dan laporan akaun tahunan yang diaudit untuk Mesyuarat Agung Tahunan.
-
Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja- kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya.
|