|
PERLEMBAGAAN PWUSM |
|
BAB VII : JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL |
-
Majlis boleh menubuhkan beberapa jawatankuasa kecil yang tiap-tiap satu bertanggungjawab ke atas aktiviti-aktiviti tertentu Persatuan seperti pendidikan tidak formal, sukan, sosial dan kebajikan, masakan dan kerajinan tangan, perhubungan Awam dan penerangan, penerbitan dan sebagainya.
-
Jawatankuasa Kecil ini hendaklah diketuai oleh ahli-ahli Majlis.
-
Keahlian dalam Jawatankuasa Kecil ini adalah terpulang kepada Pengerusi Jawatankuasa berkenaan.
-
Jawatankuasa Kecil ini adalah bertanggungjawab kepada Majlis.
-
Jawatankuasa Kecil boleh mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa difikirkan perlu.
|
|
|
|