PERLEMBAGAAN PWUSM
 
BAB VIII : JAWATANKUASA CAWANGAN

 

  1. Keanggotaan Jawatankuasa Cawangan di peringkat kampus cawangan adalah seperti berikut:-

    1. Pengerusi
    2. Timbalan Pengerusi
    3. Setiausaha
    4. Penolong Setiausaha
    5. Bendahari
    6. Penolong Bendahari
    7. 5 ahli Jawatankuasa biasa termasuk sekurang-kurangnya seorang anggota dari tiap-tiap kumpulan.
  2. Cara pemilihan anggota Jawatankuasa Cawangan hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan melalui undi terbanyak.

  3. Tugas-tugas anggota Jawatankuasa Cawangan bolehlah didasarkan kepada tugas anggota berkenaan Majlis di perenggan 4 Bab VI di atas.

  4. Tanggungjawab Jawankuasa Cawangan adalah bagi menguruskan segala kegiatan dan hal ehwal persatuan di peringkat Cawangan sejajar dengan objektif-objektif tersebut di Bab II di atas.

  5. Jawatankuasa Cawangan boleh menubuhkan Jawankuasa Kecil di peringkatnya jika dan apabila diperlukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

| KENALI KAMI | PERLEMBAGAAN | AKTIVITI | PENERBITAN | KEAHLIAN | HUBUNGI KAMI | PAUTAN |