PERLEMBAGAAN PWUSM
 
BAB IX : MESYUARAT-MESYUARAT PERSATUAN

 

1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan

  1. Cawangan yang mempunyai ahli kurang daripada 200 orang akan menghantar 2 orang wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan manakala Cawangan yang mempunyai ahli lebih daripada 200 orang akan menghantar 4 orang wakil ke Mesyuarat agung Tahunan Perwakilan.

  2. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan berkuasa mentafsir, melulus usul, meminda dan menentukan apa-apa perkara yang tidak jelas di dalam Perlembagaan Persatuan.

  3. Koram bagi Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan dan Khas adalah 2 kali ganda dari anggota Majlis atau 1/2 daripada jumlah ahli biasa mengikut mana yang kurang. Sekiranya masih tidak ada koram, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan dan satu mesyuarat lain hendaklah dipanggil dalam masa satu minggu, tetapi tidak awal dari 72 jam dari masa mesyuarat yang ditunda dan sekiranya koram masih tidak cukup pada mesyuarat penangguhan itu, maka mesyuarat itu bolehlah dijalankan tetapi tidak berkuasa mengubah undang-undang persatuan dan membuat keputusan mengenai semua ahli .

  4. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan mestilah diadakan tidak lewat daripada akhir bulan Febrari tiap-tiap tahun. Agenda bagi Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan ialah:-

    1. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu;

    2. Menerima Laporan Tahunan Persatuan terhadap pergerakannya dalam tahun sebelumnya;

    3. Menerima Laporan Bendahari terhadap kira-kira untuk tahun sebelumnya yang telah diaudit dan membincangkan perkara- perkara yang berbangkit;

    4. Memilih anggota Majlis (2 tahun sekali) dan melantik Juru Audit bagi tahun itu;

    5. Membincangkan perkara-perkara yang telah diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha dua minggu sebelum tarikh mesyuarat.

  5. Setiausaha hendaklah menyibarkan kepada semua cawangan 30 hari sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan satu notis pendahuluan bagi Mesyuarat Agung Perwakilan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat yang akan diadakan, dan meminda usul-usul membincangkan, usul-usul pindaan Perlembagaan dan pencalonan untuk anggota Majlis Tertinggi, Setiausaha hendaklah mengedarkan maklumat tersebut sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.
  6. Usul-usul untuk perbincangan di dalam mesyuarat dan pencalonan anggota Majlis mesti sampai kepada Setiausaha tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.

  7. Setiausaha hendaklah mengedarkan kepada semua cawangan sekurang- kurang 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan, satu agenda mesyuarat, salinan-salinan minit Mesyuarat Agung Perwakilan yang lalu, usul-usul pencalonan (jika ada) untuk pemilihan ahli Majlis dan penyata Kira-kira Persatuan yang sudah diperiksa bagi tahun sebelumnya.

2. Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan

  1. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan akan diadakan:

    1. Apabila difikirkan perlu oleh Majlis, atau

    2. Di atas permintaan bersama secara bertulis oleh ahli-ahli Jawatankuasa bagi 2 cawangan atau lebih dan dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab tertentu, atau

    3. Di atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada 40 anggota dengan memberi sebab/tujuan mesyuarat secara bertulis.

  2. Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh Cawangan-Cawangan atau ahli-ahli terus hendaklah diadakan pada satu tarikh, di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

  3. Notis dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat itu. Agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah terhad kepada perkara yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan seperti di perenggan (a) di atas,

  4. Perenggan 2 Bab ini mengenai koram dan penangguhan Mesyurat Agung Tahunan Perwakilan akan juga digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa.

3. Mesyuarat Agung Cawangan

  1. Tiap-tiap ahli biasa cawangan Persatuan berhak menghadiri, bercakap dan mengundi dalam sebarang Mesyuarat Agung Cawangannya.

  2. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat dari empat belas hari sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan, Setiausaha hendaklah memberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat akan dikeluarkan dan salinan-salinan dan penyata kira-kira akan diberikan kepada ahli-ahli tidak kurang daripada 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.

  3. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk:

    1. Menerima laporan Bendahari Cawangan dan kira-kira Cawangan yang telah diaudit bagi dua tahun lepas.

    2. Melantik wakilnya kepada Persidangan Perwakilan untuk tahun hadapan.

    3. Melantik Jawatankuasa Cawangan dan pemeriksa-pemeriksa kira- kira untuk dua tahun hadapan.

    4. Membincangkan perkara-perkara lain yang telah dibentangkan kepadanya.

  4. Suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan hendaklah diadakan:

    1. Atas perintah Majlis; atau

    2. Apabila Jawatankuasa Cawangan fikirkan mustahak; atau

    3. Atas permintaan bertulis daripada tidak kurang dari 20 ahli-ahli biasa Cawangan dengan menyatakan tujuan dan sebab diadakan mesyuarat itu.

  5. Suatu Mesyuarat agung Luar Biasa Cawangan yang diadakan atas permintaan ahli-ahli akan diadakan tidak lewat dari 15 hari selepas diterima permintaan tersebut.

  6. Sekurang-kurangnya 1/2 dari jumlah ahli-ahli biasa Cawangan atau 2 kali ganda Ahli Majlis mesti hadir di dalam sesuatu Mesyurat Agung untuk mengesahkan perjalanannya.

 

 

 

 

| KENALI KAMI | PERLEMBAGAAN | AKTIVITI | PENERBITAN | KEAHLIAN | HUBUNGI KAMI | PAUTAN |