laman utama
maklumat awam
maklumat profesional
faq
bantuan
kecemasan
capaian & k. sokongan
kalender aktivti
kenali kami


FAQ

Kenapa sawan disalahtafsirkan?
Kenapa penting untuk kita mengetahui sawan?
Apakah sawan?
Apakah penyebab sawan?
Apakah simptom-simptom sawan?
Apakah yang patut dilakukan jika kita melihat seseorang diserang sawan?
Bagaimanakah sawan boleh dirawat?
Adakah sawan boleh Diubati?
Bolehkah pesakit sawan hidup seperti normal?
Sekiranya saya pesakit sawan, apakah yang boleh menerukan sawan saya?
Apakah diet ketogenik?
 

S: Kenapa sawan disalahtafsirkan?

A:Menyaksikan sawan adalah manifestasi permulaan sawan yang boleh menjadi pengalaman menakutkan kepada seseorang yang tidak biasa dengan gangguan tersebut. Ketakutan ini bermula sejak dahulu lagi yang mana orang dahulu kala mengatakan ia ada kaitan dengan hantu. Orang yang mengalami sawan dikatakan telah dirasuk atau dimasuki hantu.

 

S: Kenapa penting untuk kita mengetahui sawan?

A: Sawan boleh menyerang pada bila-bila masa dalam kehidupan kita. Ketika sawan menyerang 2.5 juta orang, ia turut memberi kesan kepada berjuta-juta yang lain.Dalam kajian yang dijalankan oleh NFO Research untuk Glaxo Welcome Inc baru-baru ini, lebih daripada separuh orang awam yang disoal siasat menyatakan mereka tahu atau mengenali seseorang yang mengalami sawan atau pernah menyaksikan sawan. Berdasarkan maklumat itu, walaupun bilangan orang awam yang pernah terlibat dengan sawan banyak tetapi sawan masih disalahtafsirkan. Ini menyebabkan masalah sosial dan psikologi bagi pesakit sawan. Tambahan lagi, dengan peningkatan pemahaman orang ramai tentang sawan dapat menolong pesakit sawan teriutamanya pesakit sawan yang tidak terkawal untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dan memberikan sokongan serta dorongan kepada mereka untuk hidup.

 

S: Apakah sawan?

A: Sawan adalah gangguan yang secara ringkasnya mengganggu aktiviti elektrik secara normal di otak. Ia juga melibatkan perubahan dalam deria, hilang kawalan atau tingkah laku yang membawa kepada gangguan elektrik di otak. Selain itu juga ia melibatkan ketidak sedaran dalam jangkamasa yang singkat

 

S: Apakah penyebab sawan?

A:Dalam 70% kes sawan, penyebabnya tidak diketahui. Dalam kes-kes yang lain kebanyakan penyebab adalah strok, kanser otak, kecederaan yang teruk  dikepala dan jangkitan seperti meningitis. Saintis percaya bahawa setiap orang mewarisi genetik yang boleh menyebabkan sawan. Bagaimanapun, mereka hanya akan diserang sawan sehinggalah berlakunya kecederaan di otak.

 

S: Apakah simptom-simptom sawan?

A: Berdasarkan Epilepsy Foundation of America (EFA) terdapat banyak simptom yang boleh menyatakan seseorang itu mengalami sawan. Tetapi, hanya ahli profesional perubatan yang boleh mengesahkannya. Antara simptom-simptomnya ialah:

 

ü      Jatuh dengan tiba-tiba tanpa sebarang sebab

ü      Pemandangan menjadi kabur atau gelap dalam jangka masa yang singkat

ü      Kekejangan semasa demam atau tidak demam

 

S: Apakah yang patut dilakukan jika kita melihat seseorang diserang sawan?

A: Apabila berhadapan dengan situasi sedemikian, perkara yang paling penting ialah mengelakan mangsa tersebut daripada cedera sehinggalah dia sedar semula. Kawal keadaan sekeliling supaya tenang dan berada dalam keadaan terkawal dan lakukan seperti dibawah:

 ü      Biarkan mangsa tersebut baring diatas lantai atau permukaan yang rata

ü      Letakan sesuatu yang lembut dibawah kepala

ü      Pusingkan mangsa untuk mengelakan tercekik dan memudahkan penafasannya

ü      Jangan cuba memasukan sesuatu ke dalam mulut mangsa- sawan tidak menyebabkan mangsanya menelan lidah mereka.

ü      Jangan cuba memberikan minuman atau ubat kepada mangsa sehinggalah mangsa pulih kembali.

ü      Jangan cuba menahan pergerakan sentakan yang berlaku kerana ia boleh menyebabkan otot terkoyak atau tulang mangsa patah.

 

S: Bagaimanakah sawan boleh dirawat?

A: Pesakit yang mengalami sawan boleh mendapatkan rawatan dan maklumat dari pelbagai sumber seperti ahli neurologi, ahli perubatan profesional dan ahli epileptologi. Pelbagai rawatan yang boleh digunakan. Walaubagaimanapun, ahli perubatan profesional lebih cenderung kepada rawatan jangkamasa panjang anti sawan berbanding yang lain.

 

S: Adakah sawan boleh Diubati?

A: Walaupun sains perubatan telah melakukan pelbagai kajian rawatan yang terbaik belum lagi ditemui. Bagaimanapun, gangguan itu masih boleh dirawat dan pesakit sawan yang mengalami sawan yang tidak terkawal patut berkerjasama dengan ahli perubatan profesional bagi mendapatkan program rawatan yang paling berkesan.

 

S: Bolehkah pesakit sawan hidup seperti normal?

A: Ya. Pesakit sawan masih boleh hidup seperti biasa. Mereka masih boleh bekerja, pergi belajar, bersosial dan memandu kereta. Tetapi, aktiviti yang boleh dilakukan terhad bergantung kepada jenis dan keterukan sawan yang dialaminya. Pesakit sawan haruslah bekerjasama dengan ahli perubatan profesional untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dan mendapatkan kefahaman yang baik tentang aktivii yang boleh dilakukan dalam situasi mereka itu.

 

S: Sekiranya saya pesakit sawan, apakah yang boleh menerukan sawan saya?

A: Perkara yang boleh menerukan sawan ialah seperti alkohol, kurang tidur, tekanan emosi, demam, ketergantungan pada drug dan terdedah kepada cahaya yang terang.

 

 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.