|
Apakah
itu diet ketogenik? A: Diet ketogenik adalah diet yang khas bagi merawat sawan. Ia mula dikaji pada tahun 1920 sebagai rawatan pilihan kepada sesiapa yang cenderung mendapat sawan. Selepas itu, rawatan menggunakan ubat-ubatan mengambil alih. Diet ini mengandungi lemak yang tinggi tetapi rendah kandungan karbohidrat dan protin yang mana boleh menyebabkan ketosis. Tambahan lagi diet ini kurang fliud.
S: Bagaimanakah diet ketogenik ini bertindak? A: Diet ini mengandungi lemak yang tinggi tetapi rendah kandungan karbohidrat dan protin yang mana boleh menyebabkan ketosis. Tambahan lagi, kehadiran cecair (fluid) yang terhad menyebabkan diet ini lebih berkesan. Tahap ketotik ini memberikan kesan anti sawan. Tetapi mekanismanya tidak diketahui.
S: Adakah kanak-kanak sesuai untuk mendapatkan diet ketogenik ini? A: Sebaik-baiknya anda berunding terlebih dahulu dengan ahli perubatan profesional atau ahli neurologi anda tentang kesesuaian diet ini tehadap kanak-kanak. Anda patut menghubungi pakar keto diet dan ahli keluarga yang pernah mengambil diet ketogenik ini. Kebiasaannya, diet ketogenik ini digunakan sebagai kaedah rawatan yang kedua iaitu apabila ubat-ubatan anti sawan tidak cukup untuk mengawal tahap keterukan penyakit tersebut. Selain itu juga, sekiranya kesan sampingan ubat anti sawan itu terlalu teruk, diet ketogenik ini boleh dipertimbangkan.
S: Berapa lamakah kita boleh mengetahui diet ini telah memberikan kesan? A: Jangkamasa keberkesanan diet ketogenik ini berbeza bergantung kepada individu tersebut. Ia boleh memberikan kesan dalam jangkamasa yang pendek terutama semasa diet ini mula diberikan dihospital atau mengambil masa beberapa bulan. |
|||||||||
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | ||||||||||
[laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami] |