maklumat profesional
etiologi
patofisiologi
diagnosis
jenis epilepsi
rawatan
isu warga tua
isu kanak-kanak
sejarah

   


                                                  

Seizur yang berlaku di kalangan tua boleh mengakibatkan kecederaan fizikal di kalangan mereka. Insiden kecederaan yang tinggi (kebanyakan disebabkan dari kejatuhan disebabkan seizur) akan membawa kepada kemasukan ke bilik kecemasan hospital. Untuk segolongan pesakit tua, seizur yang berulangan membawa kepada hilangnya kehidupan secara independent. Kawalan sempurna boleh dicapai di kalangan kira-kira 70% pesakit dengan rawatan drug anti-epilepsi. Pengurusan yang optimum memerlukan pemeriksaan segera, diagnosis tepat, rawatan yang efektif, pendidikan simpatetik dan pemberian sokongan.1

Insiden
Punca-punca epilepsi yang berkaitan dengan umur
Ciri-ciri klinikal
Pengurusan Epilepsi di Kalangan Warga Tua
Seizur berikutan Strok
Status Epileptikus didalam Strok
Epilepsi didalam Menopause
Epilepsi didalam Osteoporosis
Langkah Pencegahan

INSIDEN:

Di kalangan orang tua, epilepsi merupakan gangguan neurologikal yang ketiga  paling biasa selepas strok dan dementia. Insiden epilepsi meningkat dengan umur, iaitu insiden tertinggi pada hayat lewat, iaitu lebih kurang 25% dari kes baru berlaku dalam kalangan orang tua yang berusia lebih dari 85 tahun. Kajian menunjukkan insiden tahunan mencapai 100 per 100,000 individu yang berumur melebihi 60 tahun.

PUNCA-PUNCA EPILEPSI YANG BERKAITAN UMUR:

§       Strok – Ini merupakan punca epilepsi paling biasa di kalangan tua. Arteri semakin menyempit atau menjadi beku (clog) apabila usia meningkat, mengakibatkan kekurangan aliran darah dan oksigen dalam sesetengah bahagian otak. Kadang-kala pendarahan berlaku dalam otak. Ini akan membawa kepada kerosakan yang menyebabkan terjadinya seizur.

§       Sistem saraf – Sistem saraf berubah apabila umur meningkat, menjadikan golongan tua lebih peka kepada discaj elektrik yang abnormal dalam otak (seizur).

§       Serangan jantung – Pengangkutan oksigen ke otak akan dihalang dalam tempoh yang pendek, mengakibatkan kerosakan yang membawa kepada berlakunya seizur.

§       Penyakit – Penyakit Alzeimer’s dan penyakit otak yang lain akan mengubah struktur internal otak dan ini mungkin cenderung untuk mengaruh aktiviti seizur. Penyakit lain seperti komplikasi dari penyakit ginjal, penyakit hati, alkoholisme dan diabetes akan meningkatkan kecenderungan seizur di kalangan tua.

§       Tumor otak – Sebarang tumor otak mungkin menyebabkan seizur. Kadang-kala, penyingkiran tumor boleh menghentikan dari berlakunya seizur.

§       Pembedahan – Parut yang tertinggal dari sesuatu pembedahan mungkin mengakibatkan kejadian seizur dalam umur lewat nanti.

Kebanyakannya didorong oleh penyakit simptomatik akut seperti strok atau penyakit sistemik. Ramai pesakit epilepsi tua mempunyai penyakit neurodegeratif (fungsi saraf yang merosot), kardiovaskular (penyakit jantung), atau penyakit neoplastik (tisu yang abnormal). 

CIRI-CIRI KLINIKAL:

          Majoriti seizur adalah partial onset, terutamanya kompleks partial. Seizur kompleks partial pada umur tua adalah sukar didiagnos. Seizur generalized-onset juga berlaku, kemungkinan akibat dari perubahan dengan usia atau penyakit degeneratif atau kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran. Prognosis bagi kawalan seizur yang sempurna dalam populasi tua adalah memuaskan secara relatif. Dalam satu kajian yang melibatkan seramai 109 pesakit (104 lelaki dan 86 perempuan) yang berumur 60 tahun atau lebih, jenis epilepsi yang diklasifikasikan sebagai generalized adalah 17.4%, partial adalah 76.3% dan yang tidak dapat ditentukan adalah 6.3%. Dua puluh sembilan daripada 33 pesakit dengan epilepsi generalized mempunyai punca yang tidak diketahui, manakala semua pesakit dengan epilpesi partial adalah simptomatik (iaitu punca dapat dikenalpasti). Didapati bahawa epilepsi partial simptomatik (SPE) bermula pada semua umur (2 hingga 81 tahun).

PENGURUSAN EPILEPSI DI KALANGAN PESAKIT TUA:

          Rekomendasi bagi pengurusan epilepsi secara medikal telah dibangunkan oleh sekumpulan ahli neurologi seramai 40 orang. Rekomendasi tersebut diterbitkan dalam isu Neurology pada November 1998. Laporan menyatakan rekomendasi ini adalah berdasarkan ulasan literature mahupun praktis klinikal sebenar.2

          Menurut rekomendasi, satu aspek utama dalam pengurusan epilepsi di kalangan pesakit tua adalah samada rawatan diberikan untuk seizur onset-pertama atau ditangguhkan sehingga ulangan berlaku. Laporan menyatakan risiko ulangan setelah seizur permulaan adalah lebih kurang dua kali ganda lebih tinggi dalam pesakit tua berbandingkan pesakit muda.

          Rekomendasi mengatakan beberapa faktor yang boleh membuatkan sesuatu agen anti-epileptik ideal bagi seseorang pesakit tua. Faktor-faktor tersebut termasuk pendosan sekali sehari atau dua kali sehari; kos yang rendah; kesan sampingan yang minimal atau tiada kesan sampingan; tiada toksisiti potensi terhadap organ utama; sedikit atau tiada interaksi drug; pengikatan protein yang rendah; farmakokinetik linear; sedikit atau tiada potensi mengakibatkan reaksi allergik atau reaksi idiosinkratik yang lain; serta keperolehan drug dalam bentuk formulasi parenteral (rujuk jadual di bawah).

Pertimbangan Kualiti Yang Diinginkan Apabila Mempreskripsikan

Drug Anti-Epileptik Dalam Pesakit Tua

Kualiti yang diinginkan

Gabapentin

Lamotrigine

Phenytoin

Carbamazepine

Valproate

Phenobarbital

Topiramate

Tiagabine

Pendosan sekali sehari

 

?X

X

 

 

X

 

 

Kos rendah

 

 

X

X

 

X

 

 

Efikasi

X

X

X

X

X

X

X

X

Sedikit atau tiada kesan sampingan

 

X

 

X

 

 

 

 

 

 

Sedikit atau tiada interaksi drug

 

X

 

X

 

 

 

 

 

X

 

Pengikatan protein yang rendah

 

X

 

X

 

 

X

 

 

X

 

X

 

Farmakokinetik linear

X

X

 

X

 

X

X

X

Sedikit atau tiada potensi allergik

 

X

 

 

 

 

X

 

 

X

 

X

Formulasi parenteral

 

 

X

 

X

 

 

 

          Rekomendasi menyatakan kualiti tertentu mungkin lebih penting dalam sesetengah pesakit. Sebagai contohnya, kualiti bagi gabapentin mungkin menjadikannya drug barisan pertama untuk seorang pesakit tua yang mempunyai masalah disfungsi organ atau seseorang yang sedang menerima terapi drug yang lain. Walau bagaimanapun, kos bagi gabapentin dan pendosannya sebanyak tiga kali sehari mungkin menjadikannya kurang sesuai untuk seorang pesakit yang sihat. Menurut rekomendasi, agen anti-epileptik yang boleh diadministrasikan secara parenteral adalah drug pilihan bagi individu yang sakit dan layuh. Bagi pesakit dengan dementia, potensi kesan sampingan kognitif merupakan satu pertimbangan yang penting.

          Rekomendasi juga menyatakan tiadanya kajian klinikal terkawal bagi efikasi dan keselamatan penggunaan drug anti-epileptik dalam pesakit tua. Satu kajian ‘Veterans Affairs’ yang membandingkan penggunaan gabapentin, lamotrigine dan carbamazepine dalam golongan umur ini sedang dijalankan.

SEIZUR BERIKUTAN STROK (POSTSTROKE EPILEPSY):

          Walaupun terdapat banyak laporan mengenai seizur lepas-strok, kita masih kekurangan maklumat lanjut mengenainya. Kajian telah mengesahkan seizur lepas-strok ini adalah biasa dan boleh dibahagikan kepada 2 jenis: onset awal (</= 14 hari) dan onset lewat. Pesakit dengan seizur onset awal secara signifikannya mempunyai kadar lebih rendah memperolehi seizur lain iaitu epilepsi, berbandingkan pesakit dengan seizur onset lewat. Faktor lain yang terlibat dalam kes ulangan mencadangkan epilepsi lepas strok berlaku dalam otak yang tercedera secara kronik. Masalah dalam rawatannya masih tidak diketahui.

STATUS EPILEPTIKUS DALAM STROK:

          Status epileptikus adalah biasa di kalangan pesakit dengan seizur yang berlaku selepas strok. Walaupun prognosis bagi pesakit dengan status epileptikus adalah tidak baik, status epileptikus sebagai tanda ‘presenting’ tidak semestinya meramalkan epilepsi yang seterusnya.

EPILEPSI DALAM MENOPAUSE:

Apa yang berlaku semasa menopause (sebab berlakunya perubahan ini tidak jelas diketahui):

§       Tiada perubahan dalam seizur.

§       Ulangan seizur yang terkawal sebelumnya.

§       Penerukan seizur.

§       Kewujudan pertama seizur.

§       Pembaikan seizur.

Kebanyakan kajian menunjukkan hormon mempengaruhi kejadian seizur dalam wanita. Oleh yang demikian, menopause adalah dikaitkan dengan perubahan dalam kejadian seizur disebabkan perubahan hormonal yang berlaku semasa menopause. Kajian juga menunjukkan seizur kurang cenderung untuk diperbaiki sekiranya:

§       Seizur telah bermula sejak peringkat awal dalam hidup.

§       Seizur tidak pernah dikawal dengan baik.

§       Berlakunya seizur tonik-klonik atau seizur kompleks partial.

§       Pada tempoh awal menopause. Ini adalah kerana perubahan nisbah hormon estrogen:progestron pada permulaan menopause. Sebaik sebelum onset menopause, terdapat kecenderungan berlakunya seizur. Setelah mencapai menopause (sekurang-kurangnya satu tahun berhentinya haid), seizur mungkin akan diperbaiki.

Antara seizur yang cenderung untuk dikawal atau diperbaiki adalah:

§       Seizur yang berlaku lewat dalam hidup, sebelum menopause;

§       Seizur yang telah dapat dikawal dengan baik sepanjang hayat.

Sesetengah drug anti-epileptik mungkin berinteraksi dengan terapi penggantian hormon (HRT). Sebahagian wanita mengalami peningkatan dalam kejadian seizur disebabkan HRT tetapi bukan majoriti. Adalah pentingnya nasihat doktor diperolehi dalam keadaan ini.

EPILEPSI DALAM OSTEOPOROSIS:

          Drug anti-epileptik merupakan satu faktor risiko bagi terjadinya osteoporosis. Wanita yang mengambil drug anti-epileptik harus meminta nasihat daripada doktor mengenai risiko tersebut. Nasihat yang boleh didapati termasuk perubahan dalam diet, penggunaan vitamin dan program senaman.

LANGKAH PENCEGAHAN EPILEPSI DI KALANGAN TUA:

1.     Mengekalkan paras tekanan darah yang sihat untuk mengurangkan peluang terjadinya strok.

2.     Mengambil diet yang rendah dalam kandungan lemak, gula dan garam untuk mengurangkan kejadian masalah jantung.

3.     Menggunakan tongkat atau ‘walker’ apabila perlu untuk mengelakkan kejatuhan secara tidak sengaja.

4.     Mengelakkan dari pengambilan alkohol berlebihan.
 

Rujukan:

  1. Epilepsy in elderly
    http://www.efa.org/answerplace 
  2. Neurologic group develops recommendations for management of epilepsy  http://odp.od.nih.gov/consensus/
  3. Febrile seizures, National Institute of Neurological Disorders and Stroke  http://www.medscape.com/Medscape/Neurology/journal/2001/v03.no2/
  4. What may bring on a seizure, The Epicentre
     http://www.epicentre.com/transposomes.htm
     
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.

[laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]