laman utama
maklumat awam
maklumat profesional
faq
bantuan
kecemasan
capaian & k. sokongan
kalender aktivti
kenali kami


Bantuan Kecemasan

          v    Epilepsi boleh berlaku disebabkan oleh gangguan dalam aktiviti normal otak. Sesetengah individu yang menghidap epilepsi ada membawa bersama mereka kad pengenalan untuk pesakit epilepsi atau memakai gelang amaran ( warning bracelet ). Rawatan atau bantuan kecemasan yang diperlukan biasanya adalah sedikit. Matlamat utama bantuan kecemasan tersebut adalah untuk mempastikan individu tersebut berada dalam keadaan selamat semasa mengalami seizur dan memberikan penjagaan kesihatan selepas serangan seizur.

v    Dalam semua jenis seizur, matlamat utama bantuan atau rawatan kecemasan diberikan adalh untuk melindungi pesakit daripada kesakitan sehinggalah pesakit kembali sedar sepenuhnya. Jika anda tinggal atau berada bersama seseorang yang menghidap seizur yang juga mempunyai masalah perubatan yang lain, dapatkan maklumat daripada Doktor tentang bagaimana hendak menguruskan atau bergerak balas apabila seizur berlaku. Pastikan samaada Doktor perlu diberitahu atau tidak setiap kali seizur menyerang atau hanya apabila keadaan tertentu sahaj. Tanyakan juga samaada anda perlu menelefon ambulan atau tidak dan adakah tanda-tanda amaran tertentu yang perlu dikenal pasti.

v    Seizure major:

Ø     Dalam seizur major, pesakit biasanya rebah kelantai, hilang kesedaran dan diikuti dengan sentakan. Serangan seizur biasanya berlaku lebih kurang 5 minit.

v    Seizure minor :

Ø     Dalam serangan seizur minor, pesakit biasanya kelihatan ‘mimpi di siang hari’, pandangan kosong atau tingkah laku yang ganjil.

 

 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.