Antara tatacara umum yang perlu dilakukan jika anda berhadapan dengan pesakit yang mengalami seizur: ü Bertenang · Serangan seizur mungkin akan menakutkan orang yang melihatnya dan biasanya akan berlaku dalam masa lebih kurang 5 minit. Secara umumnya ia tidak memerlukan sebarang perubatan. Tetapi perlu diingat pesakit yang mengalami seizur mungkin tidak sedar akan tindakannya dan mungkin boleh dengar atau tidak segala percakapan anda.
ü Lindungi dari kecederaan seterusnya · Jika perlu, baringkan pesakit dilantai. Alihkan sebarang objek yang keras, tajam dan panas jauh dari pesakit. Lindungi kepala da badan pesakit daripada kecederaan. Longgarkan tali leher pesakit jika ada. ü Jangan tahan pesakit. · Jika serangan menunjukan tanda-tanda bahaya dan mengancam nyawa, kendalikan pesakit dengan perlahan-lahan.Agitasi sering berlaku semasa sernagn seizur. Cubaan menahan atau memeganag pesakit yang sedanga mengalami seizur hanya akan menyebabkab agitasi menjadi semakin teruk dan mungkin akan mencetuskan gerakbalas yang lebih aggresif. ü Jangan masukan sesuatu kedalam mulut pesakit. · Pesakit tidak boleh menelan semasa serangan seizur. Percubaan membuka mulut pesakit secara paksa mungkin akan mematahkan gigi dan menyebabkan kecederaan oral yang lain. ü Pusingkan badan pesakit dalam keadaan mengiring selepas serangan seizur reda. · Ini akan membenarkan air liur pesakit keluar dari mulutnya dan boleh membuka laluan udara. Jika pesakit muntah, kekalkan pesakit dalam keadaan mengiring dan bersihkan mulutnya dengan menggunakan tangan anda. ü Jika serang seizur berlaku lebih dari 5 minit atau berulang kembali tanpa pulih sepenuhnya- Dapatkan bantuan pembantu perubatan dengan segera. · Walaupun ini jarang berlaku, tetapi status epileptikus boleh mengancam nyawa. Ia merupakan keadaan kecemasan yang serious. ü Cuba bercakap dengan pesakit secara lembut dan perlahan-lahan. · Selepas serangan seizur, berikan bantuan dan keselesaan dalam percubaan mereka mengorientasikan diri mereka.Pesakit mungkin memerlukan rehat dan tidur. Jika pesakit dalam keadaan sedar, jangan tinggalkan mereka seorang diri. Cubalah bercakap dengannya secara lembut dan perlahan-lahan.
Jika seseorang itu mengalami seizur, jangan takut. Hanya bertenang dan ingat: v Jika seseorang itu mula mengalami pendarahan dimulutnya, dia mungkin menggigit lidahnya dan kemungkinan tidak disebabkan oleh perkara lain. Keadaan ini hanya boleh diuruskan selepas serangan seizur berakhir. v Semasa serangan seizur, pesakit biasanya akan berhenti bernafas untuk beberapa saat. v Kebanyakan serangan seizur hanya berlaku 1-2 minit. Walaubagaimanapun pesakit mungkin akan mengalami kekeliruan untuk beberapa ketika lgi. v Otak biasanya akan memberhentikan seizur dengan selamat dan secara semulajadi. v Apabila seizur sudah berlaku, ia tidak boleh diberhentikan. Hanya biarkan ianya berlaku. v Cuma dalam keadaan kecemasan doktor akan menggunakan drug untuk mengawal seizur yang berpanjang.Pesakit tidak akan merasa sakit semasa serangan seizur. Tetapi otot-otot akan merasa sakit selepas serangan seizur. v Seizure biasanya tidak mengancam nyawa. Tetapi risiko boleh meningkat dalam orang yang lebih tua disebabkan oleh ketegangan yang berlebihan pada jantung, kemungkinan untuk mengalami kecederaan atau kurang pengambilan oksigen. v Seizure tidak merbahaya kepada orang lain.
|
||
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | ||
|