pengenalan
bantuan umum
tanda kecemasan
situasi
jenis sawan
bantuan pengsan

 

Tanda-tanda kecemasan.

Telefon ambulan atau hantarkan pesakit ke hospital jika terdapat tanda-tanda amalan berikut semasa atau selepas serangan seizur:

Ø     Seizure yang berlaku lebih dari 5 minit atau berulang kembali selepas bebrapa minit. Ini mungkin status epileptikus, yang memerlukan pembantu perubatan dengan segera.

Ø     Pesakit merasa kesakitan yang luar biasa selepas serangan seizur. Ini mungkin salah satu simptom seizur yang ada kaitan dengan kecederaan. Orang tua mungkin boleh mengalami luka atau patah tulang jika mereka terjatuh keatas objek yang keras.

Ø     Pesakit memukul kepala mereka sendiri semasa serangan seizur.

Ø     Pesakit mengalami sakit dada dan sukar bernafas.

Ø     Terdapat lecur baker yang serius pada badan pesakit

Ø     Tahap kesedaran pesakit tidak pulih selepas serangan seizur berakhir.

Ø     Pupil mata pesakit mengalami dilatasi ( menjadi besar ) selepas serangan seizur.

Ø     Kekeliruan selepas serangan seizur adalah biasa, tetapi jika pesakit mengalami kekeliruan lebih dari 1 jam selepas serangan, dapatkan bantuan dengan segera.

Dapatkan bantuan kecemasan jika terdapat simptom di bawah ini. Ia mungkin merupakan kesan advers drug antiepileptik:

Ø     Gerakbalas alahan

Ø     Ruam

Ø     Pergerakan mata yang cepat semasa sedar

Ø     Mabuk. 

Semasa membuat panggilan kecemasan, berikan maklumat berikut:

Ø     Jenis kecemasan ( contoh : status epileptikus atau kecederaan yang berkaitan dengan seizur

Ø     Nama anda.

Ø     Alamat dan lokasi.

Ø     No. telefon dimana anda membuat panggilan.

 ApApa yang harus dilakukan sebelum ambulan sampai.

Ø     Berhati-hati dengan apa juga yang boleh menyebabkan kecederaan. Matikan atau alihkan sumber elektrik.

Ø     Alihkan pesakit daripada asap, air atau gas beracun secara umum, jangan alihkan pesakit kecuali jika keadaan mengancam nyawa.

Ø     Jangan cuba lakukan bantuan kecemasan piawai untuk keadaan yang melibatkan kecederaan seperti lecur baker atau tulang patah kecuali anda mempunyai sijil untuk melakukannya.

Ø     Bersihkan kawasan sekitar pesakit, pindahkan perabot dan jangan kunci pintu.

Ø     Pastikan terdapat seseorang yang boleh dapatkan ambulan jika perlu.

Ø     Pastikan nombor rumah anda dapat dilihat dengan jelas dari arah jalan dan hidupkan lampu luar jika kejadian berlaku pada waktu malam.

Ø     Dapatkan seseorang personal kecemasan untuk mebantu anda.

 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.