|
BANTUAN KECEMASAN UNTUK EPILEPSI MENGIKUT JENIS SEIZURE. Terdapat teknik dan bantuan kecemasan khusus bagi pesakit epilepsi mengikut jenis-jenis seizur yang dialami,samada dalam seizur major atau seizur minor. Walau bagaimanapun, sebelum melakukan bantuan kecemasan, terdapat beberapa ciri bagi kita mengenali jenis-jenis seizur yang dialami.Antaranya ialah: Seizure Simple Separa o Tangan,lengan atau kaki menggeletar dengan tidak terkawal, ia berkaitan dengan fungsi bahagian otak yang berkaitan o Pesakit mungkin nampak cahaya, mendengar bunyi atau merasa mual, panas dan simptom fizikal yang lain. o Pesakit mungkin mengalami halusinasi pandangan atau pendengaran, mencium bau atau menunjukan tanda atau mengalami perubahan emosi secara tiba-tiba. o Seizure yang dialami biasanya berakhir antara 1-2 minit. o Pesakit tidak hilang kesedaran. Seizure Separa Kompleks o Pesakit kelihatan seperti dalam keadaan sedar, tetapi sebenarnya tidak benar. o Pesakit biasanya tidak sedar keadaan sekeliling dan tidak berupaya untuk bertindak balas o Pesakit juga melakukan tingkahlaku yang ganjil seperti ‘lip smacking’, tangan menggeletar atau terpinga-pinga. o Pada permulaan seizur, pesakit mungkin mengalami aura. Seizure Absence o Seizure berlaku tidak lebih dari beberapa saat. o Pesakit memandang dengan pandangan kosong, disamping mata yang berkelip-kelip. o Seizure mula dan berakhir dengan cepat. o Pesakit tidak ingat dan tahu apa yang dikatakan semasa mengalami seizur. o Selalu dikaitkankan dengan ‘daydreaming’ o Seizure berlaku beberapa kali dalam sehari. Seizure Tonik Klonik o Otot-otot skeletal mengecut dan menjadi kaku. o Pesakit hilang kesedaran dan jatuh keatas lantai. o Pesakit juga mengalami keadaan tersentak-sentak yang beritma pada bahagian kepala, muka, kaki dan tangan. o Pesakit jadi incontinent dan sukar bernafas. o Pesakit sukar untuk bangun dan mungkin tidur selepas mengalami seizur. o Seizure berlaku selama lebih kurang 1-2 minit. Setelah mengenali jenis-jenis seizur yang dialami oleh pesakit, barulah sebarang bantuan kecemasan dapat diberikan. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh dilakukan sekiranya anda melihat seseorang atau kawan anda mengalami seizur. v Seizure Generalize Tonik Klonik
Walaupun kebanyakan seizur berakhir sendiri tanpa bantuan kecemasan, seizur dalam pesakit yang tidak mempunyai epilepsi mungkin menandakan penyakit lain yang serius. Oleh itu, dapatkan bantuan kecemasan sekiranya: 1) Seizure berlaku lebih dari 5 minit. 2) Jika berlaku seizur kedua atau sukar bernafas 3) Pesakit sedang hamil 4) Jika terdapat sebarang tanda kecederaan.
v Seizure Psykomotor(Seizure Separa Kompleks) · Jangan panik, bertenang dan pastikan masa. · Anda harus berada disisi pesakit semasa seizur sehingga seizur berakhir ( biasanya berakhir sehingga 15 minit.) · Bercakap dengan lembut dan tenang dengan pesakit dalam cubaan untuk mengubah tingkah lakunya. · Jangan halang atau sekat sebarang pergerakan pesakit kecuali jika terlalu merbahaya. · Jauhkan pesakit dari sebarang bahaya yang mungkin berlaku. · Jangan tinggalkan pesakit sehingga mereka benar-benar pulih dan sedar sepenuhnya. · Jangan beri sebarang makanan, minuman kepada pesakit sehingga mereka sedar. · Berikan masa untuk mereka berehat. Selain itu, seperti juga seizur generalize, dapatkan bantuan pasukan kecemasan jika: 1) Seizure konvulsi berakhir lebih dari 5 minit. 2) Jika pesakit tidak boleh kembali bernafas selepas seizur. Berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut dengan segera. 3) Pesakit mendapat satu seizur selepas satu seizur berakhir. 4) Pesakit alami sebarang kecederaan. 5) Jika pesakit adalah kanak-kanak, beritahu ibubapa atau penjaganya.
v Seizure Absence · Perhatikan jangka masa seizur berlaku. · Perhatikan tingkah laku yang dilakukan oleh pesakit semasa seizur. · Jika pesakit adalah kanak-kanak, beritahu ibubapa atau penjaganya.
|
|
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | ||
|