PENGSAN Pengsan atau syncope , adalah keadaan dimana seseorang itu hilang kesedaran disebabkan oleh pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak. Simptom-simptomnya termasuklah tidak sedarkan diri, pucat dan denyutan nadi yang perlahan. Disebabkan bekalan normal disimpan, pemulihan dari pengsan biasanya cepat dan sempurna, walaupun ada yang mengatakan insiden penghadan oksigen yang membawa kepada pengsaan boleh menyebabkan kerosakan otak kumulatif. Pengsan adalah berbeza dari keadaan kejutan yang lebih merbahaya, sehingga boleh menyebabkan kehilangan darah yang serius dari setiap bahagian badan dan dicirikan oleh denyutan nadi yang cepat, berpeluh dan kulit menjadi lembap. Pengsan mungkin merupakan reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi yang keterlaluan, letih atau kurang makanan. Ia juga boleh berlaku selapas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutamanya dalam keadaan yang panas dan atau dalam keadaan berdiri, yang menyebabkan darah lebih mudah terkumpul di bahagian bawah badan. Apabila seseorang pengsan, mereka akan jatuh, menjadikan badan berada dalam keadaan vertikal menyebabkan kitaran darah lebih mudah sampai ke otak. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengelakan dari berlakunya pengsan seperti : § Jangan bermain apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan § Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan § Jauhkan dari berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa yang lama. § Jika boleh, berdiri di tempat yang tidak mendatangkan bahaya sekiranya terjatuh semasa pengsan.
Sebelum pengsan, seseorang itu akan menjadi pucat dan melaporkan berasa pening, mual, mendengar bunyi dalam telinga atau merasa seperti hendak pengsan. Pada masa ini anda perlu bertindak dengan pantas dengan mengalihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasan, dan membawa seseorang itu supaya duduk di kerusi sambil menarik nafas sedalam mungkin dengan menundukan kepala diantara kedua lutut.Bertenang, diam dan ingat bahawa mereka sedang merasa tidak selesa dan mungkin terkejut. Sekiranya seseorang itu terus pengsan, alihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasannya, baringkan mereka dan sokong kakinya untuk memastikan bekalan darah mengalir ke otak. Mereka mungkin sedar dengan cepat, walaupun mungkin tidak sepenuhnya dalam beberapa minit awal. Biarkan mereka sehingga mereka betul-betul selesa dengan keadaannya sendiri. Biarkan juga mereka berehat untuk setengah jam atau lebih. Jika mereka tidak sedar untuk jangka masa yang lama, dapatkan bantuan dengan segara. Periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia untuk memberikan bantuan pernafasan jika anda tahu. Bantuan perubatan perlu diberikan jika mereka masih tidak sedar, sakit dan sekejap sedar sekejap tidak, terutamanya jika drug diberikan.
|
||
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | ||
|