Bantuan kecemasan dalam keadaan tertentu 1. Bantuan kecemasan untuk pesakit yang duduk di kerusi roda. Bagi pesakit yang mengalami seizur jenis tonic-clonic: a. Semasa serangan seizur. § Bertenang dan biarkan seizur itu berlaku. § Pegang kerusi roda dan pastikan brake dipegang untuk melindungi pesakit daripada kecederaan. § Jangan letakan apa-apa didalam mulut pesakit. § Alihkan sebarang benda daripada kawasan itu yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan atau boleh mencederakan seseorang yang berada dalam keadaan tidak sedar tentang tindakannya. b. Selepas serangan seizur. § Setkan kerusi roda dalam keadaan separa berbaring ( tidak baring sepenuhnya ). § Dengan perlahan-lahan pegangkan kepala pesakit secara mengiring untuk membenarkan air liur mengalir keluar dari mulutnya. § Biarkan pesakit berehat atau tidur jika perlu.
2. Bantuan kecemasan untuk pesakit yang mendapat serangan semasa didalam air. a. Ketika di dalam air. § Dongakan muka pesakit menghadap keatas. § Pastikan muka pesakit disokong keluar dari air. § Dongakan muka pesakit sedikit kebelakang untuk mendapatkan udara yang bersih. § Keluarkan pesakit ari air secepat mungkin.
b. Selepas keluar dari air. § Tempatkan pesakit dalam keadaan mengiring. § Periksa samaada pesakit dapat bernafas atau tidak. § Jika pesakit tidak bernafas, mulakan bantuan pernafasan dengan segera. § Telefon ambulan dengan segera.
§ Pastikan pesakit mendapat pemeriksaan perubatan dengan segera ( tersedut atau tertelan air boleh menyebabkan masalah perubatan )
3. Bantuan kecemasan semasa di dalam kapal terbang. § Jika kapal terbang tersebut tidak penuh dan jika tempat duduk pesakit tersebut tidak boleh diturunkan kebelakang, penumpang disebelah kiri atau kanan perlu berpindah ketempat duduk lain supaya pesakit yang mengalami seizur boleh baring ditempat duduk tersebut. § Jika tahap kesedaran pesakit telah pulih, pesakit tersebut boleh berehat pada kedudukan bersandar seperti biasa di kerusi tersebut. § Jika tidak ada tempat duduk yang kosong tetapi tempat duduk pesakit tersebut boleh diturunkan kebelakang serta fasa kekakuan telah berlalu, pesakit boleh pusingkan badan secara perlahan-lahan ditempat duduknya supaya kedudukan badannya mengiring. § Bantal atau selimut boleh diberikan kepada pesakit supaya kepala pesakit tidak terhentak pada objek keras. § Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu diambil dan pastikan udara ditempat duduk pesakit tersebut sentiasa bersih dan pernafasan tidak terhalang.
4. Bantuan kecemasan semasa di dalam bas. § Baringkan pesakit di atas kerusi bas. Pusingkan badan pesakit supaya berada pada kedudukan mengiring dan lakukan langkah yang sama seperti diatas. Jika pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya daripada seizur, beliau boleh tetap berada di dalam bas sehingga sampai ke destinasinya. |
||
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | ||
|